BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 11, 2014

saat syaitan dikurung..


sedar tak sedar..
bulan ramadhan telahpun berputar kembali...
alhamdulillah aku masih sempat menikmatinya... bersyukur.
hari ini puasa keberapa pun aku tidak ingat yang pasti hampir separuh bulan...
malas nak ingat sebab makin di ingat makin dekat nak raya saat itu jugala jahitan aku makin lingkup semua nak cepat huhu..
tahun ni aku jahit baju satu keluarga,
tema hijau daun pisang, kata orang-orang hijau terkois kunun nama kain tu, mengikut arus kain yang terkini la kata kan.. haha, aku yang pilih kain..
almaklumlah, nak jadi pereka fesyen kampung kampung hahaha..
haribulan pun aku lupa.....
fuh... teruk bukan?

"walau syaitan dikurung, namun semangat tetap murung"

aku masih ingat niat aku sebelum tibanya ramadhan, aku akan me masjid untung menunaikan solat zohor , asar, magrib, isyak, dan seterusnya terawih...
ya, itulah yang aku niatkan sebelum puasa..

tapi itulah aku, hati tidak cekal... sibuk sangat menjahit..
walau ramadhan pertama aku suda pun tinggalkan sahur, aku makan lebih awal...
tapi saat ramadhan kedua aku bangun untuk bersahur, bersyukur sempat juga subuh..
bila sampai ketiga, sampai la sekarang tak bangun sahur langsung...
mungkin saat itu aku terlalu awal melahab jam satu, dua pagi aku dah telan cukup-cukup untuk memadatkan perut...

apakah nikmat berpuasa begitu?
tanpa sahur yang betul-betul sahur, hingga tunggu laungan azan berkumandang.

waktu sembahyang pula, puasa pertama hingga la puasa ke empat atau kelima, bukan main lagi dengar je azan melompat naik atas rumah cari sejadah. ... cheeewah...
kalau la berterusan kan bagus, ini masuk je puasa ke enam dan seterusnya dah rompang, kejap tinggal zohor kejap tinggal isyak. fuhh.. hipokrit sungguh...

terawih pula?
jangan cerita la, dah 3 tahun berturut-turut ambil terawih pertama saja.
kununnya di ampunkan dosa seperti bayi baru lahir.
sungguh singkat otak kamu muhammad azwan bin mohamed khair...

tapi puasa,
alhamdulillah tak ponteng..
cuma aku tidak tahu sama ada diterima atau tidak, kerana merasa diri ini begitu jahil :(
takpa aku berusaha untuk beroleh keberkatan dari Ilahi..




Tuesday, July 1, 2014

kalah di telan #1


18may aku kata fikiran kalut,
dan fikiran itu juga membebani hingga berlarutan, hinggakan aku khayal banyak fikiran...

khayal?
ya khayal..... hingga 20may14
hingga membawa kecelakaan pada diri...
aku eksiden, eksiden buat pertama kalinya melanggar kereta orang, kereta bukan calang2 nissan grand livina pula  tu, fuuih mampos aku nak bayar..
fikiran menerawang hingga tidak sedar kereta dihadapan berhenti mengejut..

PANG!!!!

aku langgar, kini aku berdiri dan menolak tenggiling aku ketepi, kereta hadapan berhenti dan buka pintu,
aku lihat perempuan berumur, ya dia bertudung.
aku sekadar diam dan mengaru kepala yang tak gatal..
maaf kak hujan ni, jalan licin..
akak tu bercakap je aku dapat tangkap dah, dia orang kelantan, terus call laki dia kat KL tu.

Akak : sekarang nak sattle mcmana?
Aku : report balai la kak senang.
Akak : awak ni keja ke belajar?
Aku : kerja biasa je.

dalam banyak2 persoalan dan perbualan kami, tetiba boleh pula dia tanya,
"awak kaya ke nak ganti bumper kereta saya ni"?
berderau juga darah dengan soalan tu.. aku just cakap.
"perlu ka tanya soalan begitu"?

cerita punya cerita rupanya dia cikgu mengajar kat sini..
tapi cara percakapan tak lah profesional sangat,
tau lah aku salah tapi tudung tu je buat aku hormat dia, sekali tengok ayat dia lontarkan, berdarah juga telingga. aku berdiam diri ja.
berdiam diri kerana sakit badan, kaki pula waktu tu rasa macam ada patah sebab terhimpit, jalan pun dah tempang.. sakit bukan kepalang aku buat tak sakit je..

malam tu aku langsung tak bagitau family,
tak pasal2 pula mak aku pengsan nanti..
lagi 1 hal jadinya..
aku tepon kawan yang brdekatan. perlu bantuan hantar ke hospital...
aku dikejarkan ke H.Q.E (hospital Queen Elizabert) kota kinabalu.

aku seperti perlukan tongkat untuk bergerak...
kini aku di wad X-TRAY  : (

to be continue part 2....