BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 16, 2015

kini terhurai

saat aku memandu laju
kearah kota merudu yang pada mulanya kami
bertolak dari kota kinabalu,
agak jauh perjalanan dengan ayah hari ini.
hampir 2jam stengah aku menyusur jalan
hanya singgah sebentar ke stesen minyak
untuk menambah bahan bakar agar
sampai ke tempat yang dituju.
entah macamana
terlintas difikiran aku untuk bertanyakan kisah
lalu hidup ayah ku,
sekali petik ja..
ayah dah huraikan sebanyak mungkin,
aku jadi lebih semangat untuk bertanya itu ini.
hampir kesemua dihuraikan
saat berhijrah dari
taiping-johor-singgapore hingga lah ke sabah
rasa sungguh beruntung mendengar kisah ayah
cita2nya ingin menjadi askar
entah berapa kali temuduga ada saja halangan
hinggakan menunngu giliran
akhirnya berpatah balik, akibat menolak kata pesan atuk
yang tidak membenarkannya untuk menjadi askar
untuk menentang komunis saat itu
pengalaman demi pengalaman ia ceritakan
dari menorah getah
mencuci pagar
dan hampir menjadi pelakon tambahan untuk filem
santapan terakhir raja bersiung sebagai pemegang tiang pancang (lupa nama)
dan akhirnya gelarannya hingga kini menjadi ustaz..

-belum habis aku karang
aku ada recording curi hehe nanti aku dengar balik aku akan tuliskan sepenuhnya
ayah inspirasi terawal aku, klau ada rezeki aku buat buku,intro depan pasti aku ceritakan sedikit hal ini. insyAllah.

internet pinjam dari UTC kota kinabalu, belum mampu beli laptop baru :(


Tuesday, October 21, 2014

kenapa malam ni?

ingin tahu perkembangan

ya memang meluas
aku sendiri lihat
aku telan ego aku yang dulu
tidak dapat muntahkan
siapa harus sambut?

terima atau tidak bukan belakang cerita
memang tidak termuntah pun
kenapa aku yakin 
sebab aku mulakan?
kurang matang bukan?
itu lah ayat pernah terlontar
dan tepat kecorong telingga aku
kini aku sedar
betul kata kawan.

aku memang mampu bertahan
tapi kenapa kawan aku salah
atau diri aku yang cari masalah?
kini rasa bersalah

kenapa malam ini?
lagu alunan musik
yang selalu aku perdengarkan
kini aku dengar bersendirian
fuhhh hangkang :(
kini aku bernafas dalam ego..
hampir tidak tersedut udara dengan stabil.
berkeceramuk jadinya..

mencangkul sedalam mungkin blogger
"ku seru kebaikan"
 senafas bergetar kencang oktober 23 : 2014
12:57am  
menutup tubuh kesejukan bukan kerna cuaca..

Tuesday, October 14, 2014

nilai tindak balas

susah aku nak bagi tajuk untuk cerita ni,
sebab terlalu formal untuk di cerita,
aku juga malas cerita
dan lama tak bercerita
belajar...
keseorangan dengan mendownload game dihandphone,
bila masa aku pandai main game pun aku dah lupa.
betul kata orang dengan adanya game kita
boleh lupa sedikit masalah. "bukan kata orang tapi kata aku" (budak kebaruan) 
mungkin
kerna fokus tinggi..
malam ini aku fokus dengan kelajuan
full throttle bersama tenggiling aku,
misi mendapatkan lima belas ringgit malaysia
agak kecil bukan,
bukan angka yang di kejar tetapi nilai persahabatan.
aku lelah dari siang menghadap mesin,
dengan adanya penghantaran emergency nak pakai cepat..
aku selesaikan dahulu baru aku mengatur langkah,
dari arah rumah kampung sunyi hingga ke kota kesibukan
tapi malam sudah tua kesibukan kurang hinggar,
seperti tailor dilivery pun ada,
tidak tentu masa, ontime pula tu.
takpa rezeki halal inilah yang aku cari sebenarnya,
usaha walau sedikit.
kesejukan subuh 01:40am
maaf lama hilang dengan tulisan, tidak mampu membaiki laptop rosak.
ini hanya laptop pinjam yang di beri alasan kukuh baru bertukar tangan,
terima kasih buat teman.

Saturday, October 4, 2014

aidiladha dan hujan

hujan mencurah kuat jatuh kebumi
kesejukan menusuk tubuh kecil aku
lalu menarik selimut tebal aku
untuk dibungkus dengan rapi
ketukan demi ketukan kedengaran sayu di pintu bilik aku
aku terlupa hari ini adalah hari raya aidiladha

aku terlewat bangun
akibat kemas rumah sepanjang pagi hingga petang
tidak sembahyang
tidak sarapan
melihat jam pada telefon bimbit aku menunjukkan jam 11
mak ai tidur mati sungguh, kenapa tak mati terus..
aku bangkit
terus membersihkan diri,
siap saja terus aku kebawah untuk melihat apa yang ada.

melihat ruang legar luar rumah kereta dah bersusun
saudara mara kini membanjiri rumah
aku masuk balik lalu ikut pintu belakang
sama juga melihat mereka dari sudut pintu yang terselak sedikit,
aku mematikan niat untuk meneruskan langkah
aku naik balik ke bilik.
bersarapan kan mineral yang aku sediakan selalu

kini bukan aku dihindar
tetapi aku sendiri menghindar
jangan salahkan mindset yang kolot..
tidak perlu sedih dengan suasana
sedihlah pada kesalah diri yang dibuat ..

salam aidiladha yang penuh rahmat seperti hujan yang melimpah ke bumi.
makkk lapar :(

05 oktober 2014 ahad

Friday, July 11, 2014

saat syaitan dikurung..


sedar tak sedar..
bulan ramadhan telahpun berputar kembali...
alhamdulillah aku masih sempat menikmatinya... bersyukur.
hari ini puasa keberapa pun aku tidak ingat yang pasti hampir separuh bulan...
malas nak ingat sebab makin di ingat makin dekat nak raya saat itu jugala jahitan aku makin lingkup semua nak cepat huhu..
tahun ni aku jahit baju satu keluarga,
tema hijau daun pisang, kata orang-orang hijau terkois kunun nama kain tu, mengikut arus kain yang terkini la kata kan.. haha, aku yang pilih kain..
almaklumlah, nak jadi pereka fesyen kampung kampung hahaha..
haribulan pun aku lupa.....
fuh... teruk bukan?

"walau syaitan dikurung, namun semangat tetap murung"

aku masih ingat niat aku sebelum tibanya ramadhan, aku akan me masjid untung menunaikan solat zohor , asar, magrib, isyak, dan seterusnya terawih...
ya, itulah yang aku niatkan sebelum puasa..

tapi itulah aku, hati tidak cekal... sibuk sangat menjahit..
walau ramadhan pertama aku suda pun tinggalkan sahur, aku makan lebih awal...
tapi saat ramadhan kedua aku bangun untuk bersahur, bersyukur sempat juga subuh..
bila sampai ketiga, sampai la sekarang tak bangun sahur langsung...
mungkin saat itu aku terlalu awal melahab jam satu, dua pagi aku dah telan cukup-cukup untuk memadatkan perut...

apakah nikmat berpuasa begitu?
tanpa sahur yang betul-betul sahur, hingga tunggu laungan azan berkumandang.

waktu sembahyang pula, puasa pertama hingga la puasa ke empat atau kelima, bukan main lagi dengar je azan melompat naik atas rumah cari sejadah. ... cheeewah...
kalau la berterusan kan bagus, ini masuk je puasa ke enam dan seterusnya dah rompang, kejap tinggal zohor kejap tinggal isyak. fuhh.. hipokrit sungguh...

terawih pula?
jangan cerita la, dah 3 tahun berturut-turut ambil terawih pertama saja.
kununnya di ampunkan dosa seperti bayi baru lahir.
sungguh singkat otak kamu muhammad azwan bin mohamed khair...

tapi puasa,
alhamdulillah tak ponteng..
cuma aku tidak tahu sama ada diterima atau tidak, kerana merasa diri ini begitu jahil :(
takpa aku berusaha untuk beroleh keberkatan dari Ilahi..




Tuesday, July 1, 2014

kalah di telan #1


18may aku kata fikiran kalut,
dan fikiran itu juga membebani hingga berlarutan, hinggakan aku khayal banyak fikiran...

khayal?
ya khayal..... hingga 20may14
hingga membawa kecelakaan pada diri...
aku eksiden, eksiden buat pertama kalinya melanggar kereta orang, kereta bukan calang2 nissan grand livina pula  tu, fuuih mampos aku nak bayar..
fikiran menerawang hingga tidak sedar kereta dihadapan berhenti mengejut..

PANG!!!!

aku langgar, kini aku berdiri dan menolak tenggiling aku ketepi, kereta hadapan berhenti dan buka pintu,
aku lihat perempuan berumur, ya dia bertudung.
aku sekadar diam dan mengaru kepala yang tak gatal..
maaf kak hujan ni, jalan licin..
akak tu bercakap je aku dapat tangkap dah, dia orang kelantan, terus call laki dia kat KL tu.

Akak : sekarang nak sattle mcmana?
Aku : report balai la kak senang.
Akak : awak ni keja ke belajar?
Aku : kerja biasa je.

dalam banyak2 persoalan dan perbualan kami, tetiba boleh pula dia tanya,
"awak kaya ke nak ganti bumper kereta saya ni"?
berderau juga darah dengan soalan tu.. aku just cakap.
"perlu ka tanya soalan begitu"?

cerita punya cerita rupanya dia cikgu mengajar kat sini..
tapi cara percakapan tak lah profesional sangat,
tau lah aku salah tapi tudung tu je buat aku hormat dia, sekali tengok ayat dia lontarkan, berdarah juga telingga. aku berdiam diri ja.
berdiam diri kerana sakit badan, kaki pula waktu tu rasa macam ada patah sebab terhimpit, jalan pun dah tempang.. sakit bukan kepalang aku buat tak sakit je..

malam tu aku langsung tak bagitau family,
tak pasal2 pula mak aku pengsan nanti..
lagi 1 hal jadinya..
aku tepon kawan yang brdekatan. perlu bantuan hantar ke hospital...
aku dikejarkan ke H.Q.E (hospital Queen Elizabert) kota kinabalu.

aku seperti perlukan tongkat untuk bergerak...
kini aku di wad X-TRAY  : (

to be continue part 2....


Monday, May 19, 2014

aku lambat faham.

faham ini punyai ramai situasi..
kali ni aku guna ayat kolot..
seperti aku kolot..
minat sehingga taksub, minat sehingga lupa diri, minat sehingga lupa keadaan sekeliling..
walau aku minat menelaah atau mencoret apa jua curhat.
aku fikir aku hebat, dan mereka fikir mereka hebat.
mereka , bukan kalian.
maaf kurang faham apa tajuk diatas..

satu hari nanti kita pasti berseorangan, 
walau selalu didalam kamar, waktu berkerja, waktu berjalan, atau menghadapi situasi-situasi genting..
harus ingat mati jugak berseorangan..
tapi aku terlalu awal memikirkannya..
fikir mati jugak harus, kalau boleh tiap hari...
tapi  terlalu lama juga aku fikir tentang keseorangan, mungkin bisa hidup tanpa teman.. walhal teman punyai ramai di sekeliling, tapi sampai bila?
sampai bila mereka boleh di sisi kita.. bila mereka juga punya teman baru yang pastinya bukan sejenis.. dan pastinya perlu luangkan masa dengan yang lain.
kenapa selama ini aku tidak fikir seperti mereka?

aku lambat faham.
sebenarnya itu penting.... ya penting untuk umur sekarang, 
kenapa lambat? kenapa tidak dari dulu?
hati kering... taksub pada diri yang kononnya hebat tanpa kawan berlainan jenis, tanpa kawan yang bisa menutur kata-kata lembut dari aku..
astagfirullah.. teruk sungguh pemikiran aku.
aku lambat faham...

kenapa perasaan itu lambat belajar, 
kenapa perasaan itu ada disetiap orang walau hati kering,
kenapa perasaan itu perlu ada...
dan seterusnya kenapa..kenapa..kenapa?

aku lambat faham..

kini suara aku bergetar selama sejam bila berbicara..
pastinya bepunca dari aku yang lambat faham...

suara bergetar dalam bungkusan selimut 18may2014 :(