BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 2, 1995

berjubah hijau, berkopiah putih

itu lah dress up aku setiap hari, dikala kelas sudah bermula...


pada tahun 1995, aku telah di daftarkan ke tadika yang di beri nama Al-AQRAM yang terletak berhadapan Tanjung Aru bersebelahan petronas. kiranya, tadika nie lain dari yang lain, sebab kenapa aku kata lain dari yang lain, tadika nie lebih kepada pengajaran agama, alaa.. kalau tak faham jugak, mcm sekolah agama lah, tapi nie TADIKA .

Akan tetapi aku berasa sedih, kerna tadika ni sudah tidak wujud lagi, aku pun tak tahu kenapa dan yang pasti aku sangat merindui di saat aku memakai baju berwarna hijau ala-ala jubah kecil dan berkopiah putih, entah mcmanalah rupa aku masa tu..
yang aku ingat rambutku tebal yang sentiasa tersisir rapi belah tepi oleh ibu kesayanganku. kenangan aku semasa duduk di tadika itu, aku pernah kejar kereta ayah ku, di kala ayah ku ingin meloloskan diri untuk tinggalkan aku keseorangan, aku mahu ikut untuk balik rumah hahahaha...
kerna aku tidak pernah ditinggalkan sendirian...
meronta-ronta aku menangis di bilik darjah setelah ayah ku pulang... setelah aku melihat sekeliling rupanya bukan aku seorang sahaja yang menangis, malah hampir 1 kelas menangis hahaha, mcm kelas pertandingan menangis sudah masa tu.. maklumlah masih anak kecil lagi..

aku berhenti menangis setelah di pujuk oleh ustazah..
dan kawan pertama aku di kelas bernama Kamarul, aku pernah di suruh berdiri sebelahnya untuk di ukur ketinggian bagi menyenangkan urusan pembahagian baju jubah saiz kecik atau besar, ternyata aku memang kecik, dan yang pasti dia agak cool di kelas tak menangis macam yang lain, aku suka berkawan dengannya kerna kenakalannya membuat aku terbiasa dengan suasana dalam kelas..

oleh kerana TADIKA AL-AQRAM seperti sekolah agama, kami di suruh oleh ustaz dan ustazah membawa bekal setiap hari untuk makan bersama..dan yang menyeronokkan lagi di sediakan talam bulat besar dan dihidangkan kuih muih setiap hari..

aku mula rasa seronok untuk ke TADIKA :)