BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 2, 2011

02 NOVEMBER 2011

GELARAN YANG CUKUP TINGGI BAGI AKU . -CIKGU WAN !!!!-
MESTI TERTANYA2 CIKGU SUBJEK APA? HAHAHA... TAKDA SUBJEK NI PELAJARAN YANG AKU AJAR NI.. NEWAY BELUM SAMPAI MASANYA AKU NAK BAGITAU, MASI KEKOK LAGI DENGAN PANGGILAN TU, TUNGGU BETUL2 DAH BEJAYA NANTI BARU AKU HURAIKAN :)

Sunday, October 9, 2011

suara untuk sandakan 10 september 2011

tepat jam 07.00pm, aku keluar rumah di ambil oleh teman, pergi menaiki motosikalnya untuk dihantar ke putatan, dimana lokasi yang harus di tunggu untuk di ambil.


07.14pm datang seorang teman dandy bukan nama sebenar, selaku gitaris dan vokalis dengan mengalas gitar di belakangnya..
malam itu hujan renyai-renyai tetapi tidak patah semangat kami untuk tidak meneruskan pjalanan. dan tunggu punya tunggu... sempat aku menyambar 2 mineral di supermarket sebelum bertolak hahaha.

08.42pm baru kami di ambil oleh hapis dan farid dengan menggunakan kereta ALZA yang di sewa. perkenalan, hafis a.k.a kepala besi selaku pengurus HANATOR (nama band) dan farid selaku bassis.

09.14pm kami tiba di bandar kota kinabalu untuk menjemput fazly selaku drummer, yang sedang menunggu di restoran sri pantai.. dan sempat jugak booking untuk praktis untuk terakhir kali sebelum beraksi esok...

10.00pm mula jamm,untuk setengah jam dan bawa lagu sendiri bertajuk, raping bidasari, santau tujuh lapisan rambut, thy ulu kukut's, dan sumpahan terkutok. dan selesai pada 10.32pm minit.

bincang-bincang, 10.42pm minit jugak kami bertolak dari bandar kota kinabalu untuk ke sandakan...

OTW (on the way) . . . .

11.14pm kami tiba di shell tamparuli untuk mengisi minyak dan beli makanan ringgan sebelum naik ke ranau, dan menyambung perjalanan pada 11.21pm daripada shell tamparuli tadi..

tepat jam 12.42am minit kami sampai d petronas ranau untuk mengisi minyak balik dan berehat sebentar..

direct sandakan . . .

dan akhirnya jam 04.04am minit kami tiba di petronas sandakan pulak, tapi belum sampai ke bandar sandakan lagi.. sambung perjalanan dekat 04.22 kami sampai di lokasi yang di tuju.. bandar sandakan...!!

sampai di bandar dandy selaku vox, menghubungi temannya ardi untuk tunjukkan jalan ke rumah yang hendak di tumpang untuk kami.

sampainya ardi selaku organizer gig untuk membawa kami dengan menggunakan motosikalnya, dan kami mengikuti jejaknya dari belakang menggunakan kereta ALZA,

sudah 3 kali pusing di bandar sandakan kami ikut tapi tidak sampai-sampai rumahnya, walhal pusing tempat yang sama.. kami heran..
rupa-rupanya dia pun sesat dan lupa jalan, hahahahaha, dia kata tak biasa jalan malam, lagipun muka masih lagi ngantuk masa tu.. berabis kami ketawa dalam kereta... hahaha

pusing punya pusing akhirnya jam 04.45am baru sampai rumahnya, rupanya limpas2 ja d bandar tu, haha dekat ja.

berehat.... tidur......

bangun 09.24am dan terus bersiap untuk pergi sarapan pada 09.42minit ke RESTORAN ZAKARIA yang terletak berhadapan dengan wisma sandakan..

kami check in 11.22am di hotel yang bernama HOTEL LONDON untuk menyimpan barang-kami.12.52pm start keluar untuk mencari di mana tempat berlangsungnya gig nanti,.

pusing-pusing dekat jam 01.17pm jumpa jugak akhirnya D'CABIN, mana berlangsungnya acara, tetapi belum mula lagi.

01.22pm kami sempat singgah di restoran bedekatan RESTORAN DANIA KOPITIAM dekat dengan D'CABIN..

02.42 pm ...dum tak dum tak,,, kedengaran dari luar barisan bangunan D'cabin, menandakan sudah hampir bermulanya gig, dan bermulanya sound cek..

gig bermula pada 03.14pm, dan band pertama AVU JAHAL from sandakan cover lagu sodom - city of god, dan betrayer bendera kuning.
second band she's my broken diary..

03.49pm band HANATOR band ke-3 naik pentas, dan akulah menjadi videoman dan cameran untuk band ni bukan main hahaha.. dan persembahkan lagu sendiri dari hanator, lagu pertama - raping bidasari , santau tujuh lapisan rambut, sumpahan terkutok, dan lagu terakhir yang mengisahkan jalan yang sering kali disebut jalan panas atau lebih dikenali jalan berhantu, thy uku kukut's...
dan selepas ja gig habis, dalam jam 07.31 kami bertolak ke bandar indah batu 4 untuk cari makan, dan tiba di RESTORAN HABEEB INDAH.





Sunday, August 21, 2011

buka puasa bersama teman liburan

jam o4:o4 minit aku dah start hantar pesanan ringkas (sms) hantar pada kawan2 yang masih berhubung semenjak di bangku sekolah .
pesanan ringkas yang aku buat ...
bah.. kumpul-kumpul kita petang nie sungai ramai-ramai, lokasi bertempat di bazzar ramadhan Asia City..

tepat jam 05:24, aku bertolak dari kepayan ridge di mana kelas aku berada, ada yang reply balik2 tanya..
mana sudah ko wan?
jumpa mana?
aku di cp sudah, ko di mana?
aku tunggu di park moto tmpt besa, ok?

dan yang lain ada dah duluan di bazzar tunggu di sana..
sampai ja kat park motor cp, kami bergegas ke bazzar Asia City untuk bertemu dengan teman2 yang lain disana,

sekali sampai, aku tidak sangka sambutan yang aku buat untuk berbuka puasa cukup ramai,
aku gembira..

Monday, August 1, 2011

cerita masjid baru, selesai 23 rakaat

assalamualaikum,

hari nie, 31 july 2011 dah masuk 13hari masjid, kat kampung sebelah buka, dahulu sehinga kini yang di jaga rapi oleh ustaz KHAIR BIN ABDULLAH, sejak aku bersekolah menegah, masjid yang bernama AL-HILAL itu berdiri dengan suasana yang serba kurang, tetapi meriah di kala bulan ramadhan menjelang, kerana waktu jemaah bertarawih, kedengaran anak-anak kecil berlari-lari dan di ikuti dengan mercun yang memeriahkan lagi suasana malam ramadhan, terasa sangat suasa kampung.. sungguh menyimpan banyak kenangan.

tahun 2009
telah merubah segalanya, masjid yang dulu menyimpan seribu satu kenangan, kini di robohkan, untuk membuat masjid yang baru, yang dahulunya hanya berlantaikan kayu sahaja, dan kini akan menjadi lebih dari itu, lebih canggih, lebih moden, lebih selesa untuk para jemaah di masjid.

dan hari ini july 2011.
perasmian masjid baru kini telah pun beroperasi penuh.

malam ini 31july2011, adalah malam pertama untuk bertarawih, kerna esok pada 01 ogos 2011, bermulanya puasa, aku sempat ke masjid untuk berjemaah solat magrib, selesai solat magrib, lantas aku berjalan di sekitar masjid untuk melihat sekeliling yang dahulunya tempat aku ponteng sembahyang, bermain mercun, main sorok-sorok dan kini semuanya dalam kenangan ..
tiba-tiba, aku di sapa seorang teman, ya, aku cukup kenal dengan orang yang menyapa aku, nama panggilannya igat, terkejut jugak melihat dia ada d masjid ni, kerna aku cukup kenal dengan kenakalannya di kampung. aku menepuk pahanya, syukur alhamdulillah jumpa jugak kita di sini.. aku hampir tak kenal kerna susuk tubuhnya yang dahulunya kecik kini menjadi sasa, mgkn kerna dia rajin berkerja.
aku seperti tidak percaya, dahulunya sahabatku ini bergelumang dengan dosa kini bertemu di masjid. sehingga dia beritahu aku, semua benda sudah aku cuba wan, dan satu persatu aku telah talak . aku bersyukur kerana dapat berhenti semuanya, yang tinggal hanyalah rokok, dalam proses untuk talak.
bermulanya cerita kami.
aku - selalu jugak ko sembahyang sini?
igat - selalu jugaklah tapi kadang2 kat kmpng muhibbah.
aku - wa,, boleh tahan ko ar, jadi 5 waktu la nie?
igat - ya..
aku - perghh, seperti tidak percaya dia kata begitu. tapi hatiku tdak bpuas hati, aku trus menyoal jadi subuh ko solat jugak?
igat - sembahyang lah, ko mau tau wan, aku kalau nda sembahyang, mcm nda lengkap.
aku - terasa insaf.
igat - semua bnda aku dah cuba, dosa penuh di dada, aku tidak mahu rugi di dunia dan akhirat.
aku - alhamdulillah, bagus la tue, terbuka dah hati kau..
igat - tue la harap-harap semua diterima ibadah aku.
aku - kalau ikhlas, nekad bertaubat insyAllah, tuhan terima. aku nie pun, masih dalam proses untuk berubah, tapi bila bergaul, bersosial, hati semakin panas, paham la lelaki darah muda.
igat - ya aku pun dulu begitu, tpi smua aku dapat kawal sudah.
aku - (dalam hati) syukur alhamdulillah, aku pun nak jadi seperti kau sahabat.
aku - jadi nie malam mcm? kita kasi full terawih. haha
igat - harap2 dapatlah. wan kejap aku p depan dulu.
selepas 8minit, dia kembali.
aku - p mna kau tadi.? merokok.?
igat - ne lah ni, melepas gian,, mau brenti jugak nie.
aku - bulan puasa nie lah, paling bagus.
igat - tue lah tu, harap2.

ALLAH HUAKBAR - ALLAH HUAKBAR..
kedengaran azan isyak sudah berkumandang, dia terus mengajak ke dalam untuk solat berjemaah. selesai solat isyak, terus sahaja menyambung solat tarawih..

alhamdulillah aku habiskan 23rakaat, aku menjeling sekeliling mencari kelibat sahabatku, tapi gagal. aku berfikiran mungkin dah balik awal. tanpa berlengah aku terus pulang ke rumah.

(dalam hati yang penuh sayu)
YA ALLAH ya tuhan ku, bukakan lah pintu hati ku seperti sahabatku.
-aku masih tertanya2, dosaku terlalu banyak, untuk sekian kalinya d muka bumi ini. adakah aku masih di ampuni di dunia dan akhirat.