BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 21, 2013

kalau jadi pasti anak mithali

ahad 19 mei 13
agaknya aku menjadi pemandu hebat hari ini, kebiasaan 2 jam boleh sampai, kini aku lebih berhati-hati
untuk sampai destinasi. 3 jam okey.
kota kinabalu - kota merudu.
dalam perjalanan cerita mak ayah tak putus-putus ,
tiba-tiba mak tanya hari ni brapa hari bulan?
aku jawap 19.
mak sambung lagi genap hari perkhawinan dengan ayah kau 40 tahun.
ayah just senyum je. slumber la katakan.
aku pula rasa beruntung kerna selama 25tahun aku hidup baru hari ni aku dapat tahu tarikh hari pernikahan mak dan ayah . kalau aku tanya soalan "bila mak khawin?" rasa pelik bukan? , pasti ahli falsafah pun pelik, soalan dalam kategori apa pula ni.?
alhamdulillah aku tahu secara automatik.
hari ni ada misi penting, ayah tinggal kat kebun aku dan mak pula pergi ke kampung seberang ntah apa nama kampung tu.
naik bukit sikit punya tinggi sampai aku bedal 4wheel tu gear 1, perghh teriak jugak enjin, naik bukan nmpk jalan tapi nampak awan, haha dapat imegine cmna tinggi bukit dia?
sampai satu rumah kampung singgah kejap, cerita punya cerita mak punya sedara la pula, sedara jauh la.
pot pet
pot pet
aku sedikit sahaja dapat mengerti
almaklum cerita dalam bahasa ibunda "dusun"
tiba - tiba mak cik tu tanya berapa dah umur kau nak,? sekolah lagi?
aku cakap 25 dah tak sekolah lagi, bantu mak ja. dia senyum ja.
sambung cerita lagi dengan mak.
aku dapat tangkap 1 ayat, kasi "jodoh" la anak kita.
puihh,, nak tersembur air yg aku telan tadi, aku senyum lalu keluar rumah, terus duduk di ruang tamu luar.
dalam hati mampos aku kali ni. mampos...
mak dengan selambanya cakap "bah boleh seja, jangan hantaran tinggi-tinggi".
laju je aku signal ajak mak bawa balik.
dalam keta aku diam sahaja malas nak kata banyak nanti menjadi pula..
kereta meluncur laju kali ni.. ungkapan "jodoh" diri mulut mak cik tu masih terngiang-ngiang di telingga..
aku tekan punat play untuk memainkan lagu yuna dari cd yang pernah dihadiahkan oleh seseorang.

isi tersirat dan tersurat banyak, tapi.....
arhhh... malas ar nak cerita.
tidak cepat, tidak lambat. takdir itu rahsia, jodoh itu rahsia , dan yang pasti mati itu jugak rahsia Allah .





Friday, May 10, 2013

fikiran ada masalah?

bersyukurlah hari ini dapat masalah :)
masalah mematangkan diri yang sekian lama bergelumang dengan kegembiraan, mahupun kesenangan..

senyum
sahaja
tabah :)
banyak masalah pun boleh mengerutkan dahi, dan benda yang selalu kita buat akan kelamaan pasti berkekalan,
itu jugak bahaya bagi usia muda. nanti nampak tua bila wajah selalu berkerut dihujani masalah..
hadapi masalah dengan redha, yang pasti anggap saja masalah itu adalah ujian untuk meneruskan langkah kehadapan, jangan pernah fikir untuk kebelakang.
dan yakinlah bahawa masalah kita sekecil-kecilnya agar mudah kita huraikan untuk di selesaikan.
yang diluar sana pasti ada lebih besar masalahnya dari apa yang kita hadapi...
bukan yakin tapi "pasti".

aku sendiri cari masalah.
ada call,
dari kota seberang.
bila angkat
pot pet pot pet, arh.. sudah lah
okey .
respect, tiada suara lantang, tiada maki hamun, tiada bahasa kesat.
itukan namanya profesional, jangan ikut emosi okey, nanti malu kaum adam.
kita kan sudah dewasa.
aku akhiri dengan "assalamualaikum"
tanjung aru beach / 2:33am /10mei



Thursday, May 2, 2013

sejadah 40hari lahir

malam ni malam jumaat,
rasanya 2 mei kot. musim mengundi sudah tiba saat 3 hari lagi bumi berputar...

macam biasalah malam jumaat rumah ni agak meriah sikit suasananya, mana dengan ayah tiap malam jumaat pasang lampu lip lap kat depan rumah, siap periksa lagi dah hidup atau belum, macam hari raya pun ada..
mana dengan mak cerita kisah lamanya, dan malam ni jugak baru aku diberitahu, bahawa sejadah yang ayah selalu pakai dulu di beli ketika umur aku 40 hari. aku terkilan benda tu emak ingatkan aku.
sedangkan aku?
aku?
nama mak pun tak ingat ejaan dia perghh..
tadi mak suruh p bank.in duit kat AGRO bank, mak nak resit bertulis, aku pun main agak je tulis nama mak sebab antara "U" ataupun "O" mana yang duluan.
aku main yakin je tulis di kertas simpanan bank tu.
nama : nursia@noorsiah bt ombok. dan isi kolum2 yang lain.
sekali dah bank.in kena bagi balik resit yang bercetak melalui computer, dah terbalik.
nama : noorsia@nursiah bt ombok. aku sedikit sedih saat aku menatap resit tu. nama kawan ingat pula. huh...
walau rasa sedih, tapi aku masih dapat bantu mak atas apa jua keperluan dia, wan p sana, wan p sini. aku just drive, maklum la anak mak :)
mak penah kata, mak bersyukur kerna dulu waktu di bangku sekolah kadang mak jugak la drive kreta ambil kami di sekolah.. sekarang anak mak pula yang bawa mak, sebab mak taknak lagi bawa keta, cepat penat katanya.. aku pula tersenyum malu.
rugi la anak lelaki kalau takdapat jaga seorang ibu..

binggung.
nak update lain, lain pula yang keluar kat otak fuhhh...