BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 14, 2012

tragedi bergulik 13may2012

                tragedi 13 may 2012 (ahad)  bertempat teluk likas kota kinabalu :(


suasana pagi yang sejuk akibat hujan sebelum terbitnya matahari, aku bangun lebih awal dari biasa, kerna pagi ini kami merancang untuk picnik ke kiulu (tamparuli) untuk bakar ikan dan mandi manda.


jam menunjukkan 08:42am, aku tahu kami pasti lambat sampai di tempat perjumpaan, dlm perjalanan aku dan sahabatku seperti berlumba daripada putatan sehinggalah ke k.k kami kejar masa, takut2 kawan lama menunggu di tempat yang di janjikan..


tiba di tanjung lipat, aku melihat jam hampir jam 9. saat aku ingin memintas (memotong) kawan aku, di bulatan (roundabout) menuju ke stadium likas tiba-tiba dia jugak ingin menuju di jalan yang sama,
motor aku sudah rapat dengan motor kwn, aku sempat memanggil nama dia farid !!!!!
lalu roda hadapan motor ku melanggar motor dia, aku sudah tidak dapat mengawal lagi kerna kelajuan menguasai segalanya..
aku terjatuh dan bergulik 2 kali dgn lajunya, tapi aku sedar lalu terus berdiri dengan pantas, kerna aku takut kalau2 ada kereta dari belakang melanggar aku..
aku menuju ke pinggir jalan untuk baring, aku buka helmet, buka spek mata, dan beg aku.. kini aku lemah seperti tidak bergerak lagi, aku takut kalau ada yang patah bahagian tulang tangan dan kaki aku.. aku baring...
ada motor berhenti di pinggir jalan melihat kami, dan menyapa aku,


tidak kenal : okey kau bro?
aku : okey ni, sambil menggerakkan tangan melihat luka.
aku : aku menanya kembali, motor aku okey?
sambil melihat di jalan raya, motor aku betul2 di tengah garisan putih, aku melihat kwn aku menarik ke tepi..
aku terbaring kembali untuk menarik nafas yang sesak, saat aku terbaring aku melihat kereta celica ala-ala kereta sport berwarna hitam parking di tepi jalan, dan orangnya keluar menuju ke arah aku..


lalu menanya,
tidak kenal : adik okey?
aku : okey ni bang..
tidak kenal : nak abang hantarkan ke hospital?
aku : tak perlu la bang okey lagi ni, jatuh sikit je (hati masih keras mgatakan aku tidak apa2)
tidak kenal : skg awk nmpk ok, nanti ada sakit dalam tu yang bahaya, mari saya hantar ke hospital.
aku : masalahnya bang saya takda bawa duit ni.. (kata spontan membuat org tu tertawa kecil, dlm fikiran bila kena hantar ke hospital kena X-RAY  itu ini dan segala perubatan pasti makan ratusan ringgit)
tidak kenal : kita p hospital kerajaan la, manada kena bayar rm1ringgit je.. dah mari saya hantar awak.
aku : aku menjadi malu, maklumlah belum pernah masuk hospital.. hehe. aku ikut untuk di hantar ke hospital.


tiba dalam kereta, saya sebenarnya inspektor..
aku terkejut kecil..(rupanya polis)
bila aku di soal..
inspektor : kamu nak kemana pagi2 ni?
aku :nak p kiulu ada picnik
inspektor : oh,, saya sebenarnya otw p lahad datu, tapi nampak kamu di tepi jalan, saya kena tolong. nanti kalau kamu nampak mcm tu kamu kena tolong jugak.
aku : ya, aku lemah untuk meneruskan kata2 (aku akur)
inspektor : kamu jalan tadi pagi ada sembahyang subuh ke?
aku : pelik dengan soalan tu, terus saja menjawap tiada (dalam hati malunyaaaa)
inspektor : hari ini hari ibukan? kamu ada telefon mama kamu?
aku : (dalam hati, banyak pula soalan pelik aku kena jawap ni..) terus saja menjawap tiada.
inspektor : lepas saya hantar ke hospital, kamu jangan lupa telefon mama kamu..
aku : ok (sepatah kata)


tiba di hospital aku di sediakan kerusi roda, kerna tidak kuat sudah untuk berjalan, dan mengucapkan terima kasih pada inspektor tadi sebelum dia meninggalkan perkarangan Hospital Queen Elizabeth.


aku di bius oleh doktor lelaki, dan darahku di periksa bagi mengambil kepastian sama ada aku eksident teruk atau tidak, mcm2 soalan aku terima oleh doktor lelaki tu..
kamu ada muntah? kamu ada pengsan? kamu ingat apa yang terjadi tadi? mcmana kamu boleh eksident?di mana kamu eksident?


aku menjawap dengan lemah.. lalu aku di sorong menggunakan kerusi roda untuk di periksa di bahagian  ZON TIDAK KRITIKAL ..
aku di hantar ke bilik X-RAY, di situ barulah aku nampak kawan2 yang lain sampai, aku tersenyum gembira, kerna mereka ada untuk menemani aku..


selepas sahaja aku di X-RAY, kami terus ke zon tidak kritikal untuk menghantar keputusan x-ray, aku tersenyum bila doktor mengesahkan bahawa aku tiada keretakan atau patah di bahagian mana2 tulang, 
selepas itu barulah luka aku di cuci, dan di beri ubat..
keluar hospital dengan kaki yang tempang, tapi gembira kerna masih normal :)
kami meneruskan hajat kami untuk picnik ke kiulu (tamparuli)


sekian tragedi berguling 13may2012 :)












Sunday, May 6, 2012

teriakan 6 may 2012

-pagi 06 may 2012
-terjaga bila dikejutkan
-hampir 10stengah
-dikejutkan dengan teriakan di bawah  rumah
-aku pantas meluru ke bawah melihat keadaan
-ternyata seorang ustaz sedang mengobati org yang terkena sihir
-orang itu? tak perlu la tahu....
-aku meluru untuk membantu memegang mangsa sihir
-dlm hati ada rasa takut
-tapi bila melihat keadaan sperti luar kawalan
-semangat dalam diri trus saja menyambar tgn mangsa dan memegang sekuat mungkin
-kami berempat memegangnya.
-terkumat kamit ustaz tu membaca ayat suci al quran untuk menjampinya
-rupanya dlm bdn ada jin
-kata ustaz jin harimau berantai
-mmg degil tak nak keluar
-terikan demi teriakan kedengaran
-aku menjadi panik kerna sblum ini aku slalu tgk d youtube , television
-dan hari ini aku pulak menjadi hero utk memegang mangsa
-itu sahaja aku ingat, mgkn esok aku akan huraikan, malam ni hnya isi2 penting :) tkt trlupa.