BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 2, 2000

bermulalah riwayat hidupku

aku muhammad azwan bin mohamed khair . darah jenis 'O' 04-02-1988.

assalamualaikum 040288

aku bersyukur kerana masih bernafas lagi, rasanya aku belum cukup arif lagi dengan benda nie, aku masih mentah lagi untuk mengenal dunia IT, neway bukan pasal tu yang aku nak ceritakan, aku nak cerita tentang kehidupan aku di masa lampau (semasa jadi budak hingusan), dan aku jugak bersyukur ke hadrat ILAHI kerana di beri kelebihan ingatan yang kuat di masa lampau. tapi tidak untuk pelajaran...hehe

aku ingin mencoret kisah aku, waktu keluarnya aku dari rumah kesayangan aku, untuk di hantar ke sekolah yang di beri nama TADIKA, wahh.. tadika? mesti panjang gila cerita aku nie, apapun aku hnya cerita kisah2 yang tak dapat dilupakan ja (kisah budak nakal la tu).
aku tulis benda nie pun sebab aku takut akan lupa satu hari nanti, manala tahu satu hari nanti aku tejatuh ke? eksident ke?, terhantuk kepala sehingga mengakibatkan hilang ingatan, (bukan nak minta2)... alangkah indahnya saat apabila membaca blog ini semula..