BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 21, 2011

buka puasa bersama teman liburan

jam o4:o4 minit aku dah start hantar pesanan ringkas (sms) hantar pada kawan2 yang masih berhubung semenjak di bangku sekolah .
pesanan ringkas yang aku buat ...
bah.. kumpul-kumpul kita petang nie sungai ramai-ramai, lokasi bertempat di bazzar ramadhan Asia City..

tepat jam 05:24, aku bertolak dari kepayan ridge di mana kelas aku berada, ada yang reply balik2 tanya..
mana sudah ko wan?
jumpa mana?
aku di cp sudah, ko di mana?
aku tunggu di park moto tmpt besa, ok?

dan yang lain ada dah duluan di bazzar tunggu di sana..
sampai ja kat park motor cp, kami bergegas ke bazzar Asia City untuk bertemu dengan teman2 yang lain disana,

sekali sampai, aku tidak sangka sambutan yang aku buat untuk berbuka puasa cukup ramai,
aku gembira..

Monday, August 1, 2011

cerita masjid baru, selesai 23 rakaat

assalamualaikum,

hari nie, 31 july 2011 dah masuk 13hari masjid, kat kampung sebelah buka, dahulu sehinga kini yang di jaga rapi oleh ustaz KHAIR BIN ABDULLAH, sejak aku bersekolah menegah, masjid yang bernama AL-HILAL itu berdiri dengan suasana yang serba kurang, tetapi meriah di kala bulan ramadhan menjelang, kerana waktu jemaah bertarawih, kedengaran anak-anak kecil berlari-lari dan di ikuti dengan mercun yang memeriahkan lagi suasana malam ramadhan, terasa sangat suasa kampung.. sungguh menyimpan banyak kenangan.

tahun 2009
telah merubah segalanya, masjid yang dulu menyimpan seribu satu kenangan, kini di robohkan, untuk membuat masjid yang baru, yang dahulunya hanya berlantaikan kayu sahaja, dan kini akan menjadi lebih dari itu, lebih canggih, lebih moden, lebih selesa untuk para jemaah di masjid.

dan hari ini july 2011.
perasmian masjid baru kini telah pun beroperasi penuh.

malam ini 31july2011, adalah malam pertama untuk bertarawih, kerna esok pada 01 ogos 2011, bermulanya puasa, aku sempat ke masjid untuk berjemaah solat magrib, selesai solat magrib, lantas aku berjalan di sekitar masjid untuk melihat sekeliling yang dahulunya tempat aku ponteng sembahyang, bermain mercun, main sorok-sorok dan kini semuanya dalam kenangan ..
tiba-tiba, aku di sapa seorang teman, ya, aku cukup kenal dengan orang yang menyapa aku, nama panggilannya igat, terkejut jugak melihat dia ada d masjid ni, kerna aku cukup kenal dengan kenakalannya di kampung. aku menepuk pahanya, syukur alhamdulillah jumpa jugak kita di sini.. aku hampir tak kenal kerna susuk tubuhnya yang dahulunya kecik kini menjadi sasa, mgkn kerna dia rajin berkerja.
aku seperti tidak percaya, dahulunya sahabatku ini bergelumang dengan dosa kini bertemu di masjid. sehingga dia beritahu aku, semua benda sudah aku cuba wan, dan satu persatu aku telah talak . aku bersyukur kerana dapat berhenti semuanya, yang tinggal hanyalah rokok, dalam proses untuk talak.
bermulanya cerita kami.
aku - selalu jugak ko sembahyang sini?
igat - selalu jugaklah tapi kadang2 kat kmpng muhibbah.
aku - wa,, boleh tahan ko ar, jadi 5 waktu la nie?
igat - ya..
aku - perghh, seperti tidak percaya dia kata begitu. tapi hatiku tdak bpuas hati, aku trus menyoal jadi subuh ko solat jugak?
igat - sembahyang lah, ko mau tau wan, aku kalau nda sembahyang, mcm nda lengkap.
aku - terasa insaf.
igat - semua bnda aku dah cuba, dosa penuh di dada, aku tidak mahu rugi di dunia dan akhirat.
aku - alhamdulillah, bagus la tue, terbuka dah hati kau..
igat - tue la harap-harap semua diterima ibadah aku.
aku - kalau ikhlas, nekad bertaubat insyAllah, tuhan terima. aku nie pun, masih dalam proses untuk berubah, tapi bila bergaul, bersosial, hati semakin panas, paham la lelaki darah muda.
igat - ya aku pun dulu begitu, tpi smua aku dapat kawal sudah.
aku - (dalam hati) syukur alhamdulillah, aku pun nak jadi seperti kau sahabat.
aku - jadi nie malam mcm? kita kasi full terawih. haha
igat - harap2 dapatlah. wan kejap aku p depan dulu.
selepas 8minit, dia kembali.
aku - p mna kau tadi.? merokok.?
igat - ne lah ni, melepas gian,, mau brenti jugak nie.
aku - bulan puasa nie lah, paling bagus.
igat - tue lah tu, harap2.

ALLAH HUAKBAR - ALLAH HUAKBAR..
kedengaran azan isyak sudah berkumandang, dia terus mengajak ke dalam untuk solat berjemaah. selesai solat isyak, terus sahaja menyambung solat tarawih..

alhamdulillah aku habiskan 23rakaat, aku menjeling sekeliling mencari kelibat sahabatku, tapi gagal. aku berfikiran mungkin dah balik awal. tanpa berlengah aku terus pulang ke rumah.

(dalam hati yang penuh sayu)
YA ALLAH ya tuhan ku, bukakan lah pintu hati ku seperti sahabatku.
-aku masih tertanya2, dosaku terlalu banyak, untuk sekian kalinya d muka bumi ini. adakah aku masih di ampuni di dunia dan akhirat.