BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 31, 2010

seronok ke hidup? 11 may 2010

kadangkala aku terfikir seronok ke hidup?

aku perlu bernafas untuk hidup....
kalau aku hidup setiap hari menipu, tiap hari buat dosa, tiap hari menderhaka, dengan itu perlukan aku berseronok untuk hidup? dalam pada waktu yang sama menambahkan lagi dosa yang kian hari bertambah,
tiap hari,
tiap jam,
tiap minit,
mahupun tiap detik masa berlalu, kadangkala aku terfikir kenapa aku perlu hidup lama, kalau rasa diri amat jahil di muka bumi ini, walaupun tidak dinafikan setiap orang melakukan kesilapan, melakukan dosa, tapi aku membuat kesilapan yang tidak akan hilang dosanya biarpun matahari sudah terbit dari sebelah barat untuk menghitung hari pembalasan, sampai bila aku harus hidup begini,? bergelumang dengan dosa yang penuh dengan kejahatan, sampai bila?
esok?
lusa?
minggu depan?
bulan depan?
tahun depan?
ntah sempat ntah tidak aku hidup lagi, aku sebenarnya dengki dengan seseorang yang telah tiada lagi untuk sekian kalinya di dunia ini, dia tetap menerima doa untuk bekalan di alam lain sementara menunggu alam barzakh,
tiap waktu,
tiap hari,
tiap minggu,
malah aku rasa tak pernah sekali pun berhenti doa kepadanya, semenjak dari hari pemergiannya di alam lain, walaupun orang yang selalu memarahi aku itu telah pergi, ingatan aku masih segar untuk mengingati wajahnya, kemarahannya pada aku, kerna aku tahu dia marah untuk kebaikan aku.
jadi kenapa aku perlu hidup lama?
kalau boleh aku harap sangat ingin jadi sepertinya, ini lah permintaan ku yang tiada siapa boleh tunaikan kecuali ALLAH s.w.t kerana dia maha berkuasa keatas sesuatu benda yang ada di atas muka bumi ini, kerna itulah aku wajib sujud untuk menyembah kepada-NYA dan memohon keampunan sebelum permintaanku ditunaikan.

(saya budak baru belajar)
ayat hangkang hantamrata

Saturday, August 1, 2009

hAHAIL

budAk bARu

Sunday, April 2, 2000

bermulalah riwayat hidupku

aku muhammad azwan bin mohamed khair . darah jenis 'O' 04-02-1988.

assalamualaikum 040288

aku bersyukur kerana masih bernafas lagi, rasanya aku belum cukup arif lagi dengan benda nie, aku masih mentah lagi untuk mengenal dunia IT, neway bukan pasal tu yang aku nak ceritakan, aku nak cerita tentang kehidupan aku di masa lampau (semasa jadi budak hingusan), dan aku jugak bersyukur ke hadrat ILAHI kerana di beri kelebihan ingatan yang kuat di masa lampau. tapi tidak untuk pelajaran...hehe

aku ingin mencoret kisah aku, waktu keluarnya aku dari rumah kesayangan aku, untuk di hantar ke sekolah yang di beri nama TADIKA, wahh.. tadika? mesti panjang gila cerita aku nie, apapun aku hnya cerita kisah2 yang tak dapat dilupakan ja (kisah budak nakal la tu).
aku tulis benda nie pun sebab aku takut akan lupa satu hari nanti, manala tahu satu hari nanti aku tejatuh ke? eksident ke?, terhantuk kepala sehingga mengakibatkan hilang ingatan, (bukan nak minta2)... alangkah indahnya saat apabila membaca blog ini semula..

Sunday, April 2, 1995

berjubah hijau, berkopiah putih

itu lah dress up aku setiap hari, dikala kelas sudah bermula...


pada tahun 1995, aku telah di daftarkan ke tadika yang di beri nama Al-AQRAM yang terletak berhadapan Tanjung Aru bersebelahan petronas. kiranya, tadika nie lain dari yang lain, sebab kenapa aku kata lain dari yang lain, tadika nie lebih kepada pengajaran agama, alaa.. kalau tak faham jugak, mcm sekolah agama lah, tapi nie TADIKA .

Akan tetapi aku berasa sedih, kerna tadika ni sudah tidak wujud lagi, aku pun tak tahu kenapa dan yang pasti aku sangat merindui di saat aku memakai baju berwarna hijau ala-ala jubah kecil dan berkopiah putih, entah mcmanalah rupa aku masa tu..
yang aku ingat rambutku tebal yang sentiasa tersisir rapi belah tepi oleh ibu kesayanganku. kenangan aku semasa duduk di tadika itu, aku pernah kejar kereta ayah ku, di kala ayah ku ingin meloloskan diri untuk tinggalkan aku keseorangan, aku mahu ikut untuk balik rumah hahahaha...
kerna aku tidak pernah ditinggalkan sendirian...
meronta-ronta aku menangis di bilik darjah setelah ayah ku pulang... setelah aku melihat sekeliling rupanya bukan aku seorang sahaja yang menangis, malah hampir 1 kelas menangis hahaha, mcm kelas pertandingan menangis sudah masa tu.. maklumlah masih anak kecil lagi..

aku berhenti menangis setelah di pujuk oleh ustazah..
dan kawan pertama aku di kelas bernama Kamarul, aku pernah di suruh berdiri sebelahnya untuk di ukur ketinggian bagi menyenangkan urusan pembahagian baju jubah saiz kecik atau besar, ternyata aku memang kecik, dan yang pasti dia agak cool di kelas tak menangis macam yang lain, aku suka berkawan dengannya kerna kenakalannya membuat aku terbiasa dengan suasana dalam kelas..

oleh kerana TADIKA AL-AQRAM seperti sekolah agama, kami di suruh oleh ustaz dan ustazah membawa bekal setiap hari untuk makan bersama..dan yang menyeronokkan lagi di sediakan talam bulat besar dan dihidangkan kuih muih setiap hari..

aku mula rasa seronok untuk ke TADIKA :)