lama tak update benda ni, byk cerita aku perlu huraikan,
tapi semua hnya bicara hati, fikiran pun malas untuk berfungsi, jari pula malas untuk menaip.
hanya rajin menaip di hanphone tapi tak pulak aku paste p skrin laptop ni..
kadang2 bila nak update kena baca balik, pastu bfikir perlu ka aku tulis benda ni.
rasa macam mengaibkan orang je, rasa macam ada bersalah je, rasa macam tak perlu pun ada.
tu la pasal aku malas nak taip kat handphone, lagi satu aku malas update direct kat skrin besar ni, kadang2 otak tak berfungsi cergas, bukan nak kata ada masalah otak.
saat aku menulis ayat ni.
aku kesunyian, hujan di luar tingkap memecah suasana malam..
hujan? sudah lama tak hujan di kala malam, biasanya hujan waktu petang sahaja.. siapa tahu kuasa Allah bila2 masa saja Dia mahu membasahi bumi yang bulat ini..
.
.
.
kejap..
tadi aku ada tulis perkataan "hujan" dan "malam"
baik aku bentang tilam, susun bantal, tarik selimut... Zzzzz
sory nothing idea for today.
Monday, January 14, 2013
saat sekarang.
Posted by wanpeace88 at 5:04 AM 0 comments
Friday, November 23, 2012
seminggu sehari buat terakhir kali
8november
hujan lebat
sediakan payung
ambil selipar
17 november
9 pagi
konvoi
reben biru
telipok ria
21november
lawat kwn
koma
terbaring kaku
dgn mesin elektronik hospital
22 november.
10.20 pagi
h.q.e
derma darah jenis O'
23 november
9pagi kwn fone
kata tiada harapan
hati sebak
fkiran bcelaru,
kejar masa sikit langgar org
smpai hsptl
kwn da terkujur d katil
nangis tnpa air mata.
dia dah meninggal wan..
innalillahiwainnalilahirojiun..
Posted by wanpeace88 at 9:46 AM 0 comments
Friday, November 2, 2012
tenggiling yang tercapai
date - 2 november 2012
time - 21:42 pm
day - friday
model -125zr
colour - red
no flat - SAA4470R
mungkin selama ini hanya di pandang, dalam hati
-bila la nak dapat ni..
-kalau aku dapat..
-pergghh semart gila..
-ada rezeki nt aku nak beli jgk..
alhamdulillah hari ini, bertarikh di atas dan aku catat masa untuk aku kenang kembali bila mana aku membelinya..
walaupun bukan beli kat kedai, hanya mampu beli secondhand sahaja, maklum la tak keja lagi, masi study..
harga dia.
rm2.500 kalau org besa pegang duit ribu2 rasa kecik ja, rasa pkara biasa ja.. tpi aku jarang la simpan duit dlm bank ribu2, sikit2 korek sikit2 korek...bila nak smpai ribu kan.. haha.
oleh kerana nekad untuk membeli tenggiling tu aku simpan, cecah jgk duit simpanan aku dlm rm1.070 tak byk jgk kan. tapi bagi aku kira byk da, sbb aku tak kerja masih belajar, dapat jgk simpan duit ..
oleh kerana harga tenggiling tu rm2500, aku binggung jgk nak cari bakinya, sbb kwn kata tenggiling tu ramai dah yang nak beli,, aku lagi la brusaha nak cari smpai cukup rm2500.. ada kurang seribu setengah la mcm tu..
btw aku jenis tak suka berhutang, tapi kali ni mesti jugak utk mengejar impian, mau tak mau trpaksa jugak tebalkan muka dengan mak kesayangan aku..
bicara manis dengan muka seposen..
aku : mak ada duit tak?
mak : nak buat apa?
aku : nak beli motor..
mak : dari kau beli motor, baik kau ambil keta.
aku : kreta tak mampu la, lagi pun motor skali byr tak payah hutang2.
mak : nanti mak tolong jgk bayar.
aku : ndamau la, hidup bukannya lama lagi, slumber je aku ckp mcm tu, mcm tau je bila nak mati..
mak : berhenti tak terkata..
dari dulu aku di didik ayah, maklumlah ayah kuat pegangan agama, slalu kena nasihat, tambah2 lagi kena masukkan ke sekolah agama, ustaz selalu pesan, orang berhutang di dunia tak aman bila di kubur nanti. dan akan di tuntut bila akhirat kelak...
hah.... ayat tu la aku genggam sampai skg, bukan nak kata aku tk prnah brhutang, tapi aku akan brusaha sedaya upaya utk tidak berhutang.. utk masa ni la, tak tau akan datang..
tenggiling itu adalah ayat pengganti untuk motor :)
Posted by wanpeace88 at 9:37 AM 0 comments
Thursday, October 25, 2012
senyum pagi hari, saat hiba di malam hari (part 2)
malam tu... aku sampai k.k dekat jam 11,
tapi aku tak pakai motor da, sebab kotor sangat jadi aku culik kreta ayah aku :)
kawan dah tunggu kat tempat lepak biasa, dimana pemandangan betul-betul dihadapan jalan raya yang dipenuhi dengan budak-budak motor.. memang best la tengok masing2 punya aksi dan gaya tersendiri.. macam litar lumba pun ada.. ahah. biasalah remaja mana yang bahaya itu yang dibuat..
lepak punya lepak mangkin ramai kawan yang di kenal datang, mana dengan cerita motornya, mana dengan cerita kerjaya masing-masing, mana dengan cerita masalah yang tak habis-habis..
semuanya pasal kehidupan.. aku cukup suka mendengar keluhan atau pendapat kwn...
sebab kata orang-orang belajar dari pengalaman orang boleh mendewasakan diri...
oleh kerana aku cukup penat, jadi aku duk dalam kereta berhadapan dengan budak-budak motor, sampai tertidur2 aku dalam kreta.. skali aku bangun ja jam dekat 3stengah., aku kluar kreta. cari kwn-kwn. aku jmpa sorang kwn tnya dia, mana rejam? dorang ckp dah balik..
aku terdiam sekejap, dalam fikiran tak kan dia balik tak bagitau aku? hati masih tidak percaya dengan kata-kata kwn tadi.. jadi aku pun masuk kereta balik, otak masih trtanya-tanya, tak kan rejam balik tinggalkan aku, kwn sorang masuk kreta bwa crita-crita.. aku layan jelah..
tgk jam 3:52 mindset kat otak jam 4 mesti balik.. crita punya crita belum pun sempat jam 4 kawan dari luar dah teriak kecoh..
"woi !!!! rejam eksident semua pegi H.Q.E (hospital queen elizebert)"
aku punya mengelabah dengar nama kawan aku sendiri eksident, hampir menitis air mata, entah kenapa.. aku start ja kreta trus pecut laju ke hospital. dalam pjalan brdoa.. ya Allah ya tuhanku selamatkanlah sahabat aku...
sampai ja hospital, keadaan menjadi kelam kabut akibat terlalu ramai di dalam hospital tu..
sekali aku terpandangan kawan dah duduk di kerusi roda, aku hampir menangis melihat darah yang byk di tangan dan kaki kwn...
doktor yang bertugas di situ membalut luka di kaki..
aku tanya rejam, macamana boleh jadi gini begini jam...(suara menahan sedih)
aku tidak meneruskan soalan2 yang boleh membuatkan kwn aku btambah sedih, dan sakit..
selesai doktor periksa terus masuk ke wad zon tidak kritikal, untuk mencuci luka.. aku tunggu di luar bilik wad brsama teman2 dia.. aku capai telefon terus bagitau kawan-kawan yang terdekat..
dari mencuci luka sampai pergi ke bilik x-tray.. aku menemaninya walau di ruangan pintu luar..
keputusan x-tray tiada tulang yang patah, tapi.....
ada tapinya..
lagi hiba hati aku mendengarnya.... sambung part 3 saat subuh yang hiba..
Posted by wanpeace88 at 10:06 AM 0 comments
senyum pagi hari, saat hiba di malam hari (part 1)
sabtu 13 oktober 2012
kata kawan-kawan janji kumpul jam 8 tepat di tempat biasa.. tapi jam 9 jugak gerak... biasa lah janji anak remaja...
hari ini hari penting, kerna aku dan teman-teman rancang untuk ke kundasang masilau dan ranau konvoi bermotor. tempat ni kira tempat pelancongan, indah tak terkata pemandangan di situ..
oleh kerana aku ingin sampaikan hajat motor aku untuk naik ke sana aku dari dulu akhirnya tercapai jugak. walaupun naik bukit sampai gear 1 haha, nasib enjin tak pecah...
rancangan 9 biji motor, skali datang 16 biji perghh.. kami tak suka bkonvoi ramai sangat sebab buat sesak jalan.. takpa layan ja, kerna kawan punya kawan pun nak ikut....
sampai ja sana da tengah hari, terkena pula hari tu ada acara kat kundasang 'pesta kubis' jalan agak sesak sikit..
kejar masa punya hal, kami tak stay lama kat masilau kundasang, trus saja bertolak ke hot spring ranau, apa lagi mandi manda la.. tak mandi rugi o.. pjalanan dkt 2jam stegah dari k.k meredah lereng2 bukit yang curam dan mencabar ..
bertolak dari ranau dekat jam 5, mana dengan cuaca hujan terpaksa berhenti di stesen minyak petronas selepas pekan ranau..
oleh kerana malam tu malam minggu, kata orang hari-hari penting untuk remaja bersuka ria.. kami pun jalan tanpa mempedulikan cuaca yang hujan... alhamdulillah semuanya sampai dengan selamat...
tapi ada sorang kawan kata, wan malam minggu ba ni, sambung bah lepak stay k.k..
dalam fikiran, biar betul mcm tak pandai penat kwn sorang ni, ops lupa nama dia rejam..
oleh kerana aku ajak dia p kundasang smpai dia sanggup ambil cuti kerja, aku kena balas balik.. jadi aku pun kata okey takda hal malam ni sambung.. jumpa kat k.k
masa senyum sudah tamat.. malam tu kami keluar.. dekat jam 11:00 ....
bersambung tajuk yang sama saat hiba di malam hari....
Posted by wanpeace88 at 9:29 AM 0 comments
Thursday, September 27, 2012
melihat air mata sahabat.
' 27 september , mgkn bukan malam ni, tapi seharian lalu.
tapi malam ni mula acara.
' biasanya malam jumaat di rumah membaca surah yassin bramai2, tapi malam ni tidak, ibu bawa ke rumah kenduri katanya,
rasanya, mgkn jarang sekali aku ikut, tapi malam ni senang sekali kaki aku melangkah ikut jejak langkah ayah ibu untuk turut bersama... hanya berjalan kaki, sambil bertanya kenduri apa mak?
' mak jawap simple, orang meninggal..
aku just follow je, skali sampai 1 simpang tu kami masuk, walaupun malam tu gelap tapi aku sangat kenal dengan simpang tu,
' ya , simpang tu menuju rumah sahabat aku, walau dia sudah berumur, tapi aku masih respect dia, kerna dia selalu menegur dan menyapa aku seperti kawan seumur dia, tak seperti yang aku kenal orang berumur tak suka bergaul dengan bwah umur macam aku..
mula majlis patutnya lepas magrib, tapi orang masjid lewat sampai kerna baca yassin kat masjid kmpg hujung ni, aku hanya duduk diam kat bwah rumah..
Dengar je suara azan isyak, ramai yang naik atas, aku pun ikut jelah untuk solat sekali... sampai jugak la 3 saff walau tak ramai,
slesai je solat mula la baca yassin.. aku duk sebelah ayah.. habis ja baca ayah bagi yassin tu kat aku, suruh simpan kat atas meja..
aku bangun untuk menyimpannya,
aku cari dari tadi kini ada di hadapan ku.. dia jugak menyusun surah yassin di atas meja....
' ya itulah sahabat aku yang baru kehilangan ibunya kelmarin..
aku menyapa dan bersalam, aku melihat wajahnya, cukup sedih dengan mata merah dan air yang hampir jatuh ke tubir mata, rasa mcm aku nak ikut sama... tapi aku tahan.
sampai dia menegur aku, dia kata kenapa dengan kau ni, nampak lemah ja.. aku senyum...
lalu dia suruh aku turun ke bwah untuk menjemput makan..
dalam fikiran, macam-macam difikir, kalau aku jadi dia, dapatkah aku menerima takdir itu dengan hati yang tabah... aku takut....
Posted by wanpeace88 at 7:58 AM 0 comments
sesak duit part 1
kawan faham terima kasih,
kawan salah faham lantaklah..
belajar jangan jadi hipokrit..
ada keluarkan,
takda kata minta maaf.
melihat situasi,
melihat keadaan,
malu pasti ada dalam diri.
siapa mereka,
dan siapa aku,
jangan simpati
kerna aku sudah biasa
dengan cara ini.
mungkin ada yang selesa,
dan pastinya ada yang tidak.
itu sudah pasti.
lumrah kehidupan,
dan dunia pekeliling.
ingat dunia berputar,
bukan mendongak.
sudah pasti ada hikmahnya,
dikala senang,
mahupun susah.
kena rajin bersyukur
kerna masih hidup
di beri peluang untuk bernafas...
Posted by wanpeace88 at 7:40 AM 0 comments
