BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 2, 2013

sejadah 40hari lahir

malam ni malam jumaat,
rasanya 2 mei kot. musim mengundi sudah tiba saat 3 hari lagi bumi berputar...

macam biasalah malam jumaat rumah ni agak meriah sikit suasananya, mana dengan ayah tiap malam jumaat pasang lampu lip lap kat depan rumah, siap periksa lagi dah hidup atau belum, macam hari raya pun ada..
mana dengan mak cerita kisah lamanya, dan malam ni jugak baru aku diberitahu, bahawa sejadah yang ayah selalu pakai dulu di beli ketika umur aku 40 hari. aku terkilan benda tu emak ingatkan aku.
sedangkan aku?
aku?
nama mak pun tak ingat ejaan dia perghh..
tadi mak suruh p bank.in duit kat AGRO bank, mak nak resit bertulis, aku pun main agak je tulis nama mak sebab antara "U" ataupun "O" mana yang duluan.
aku main yakin je tulis di kertas simpanan bank tu.
nama : nursia@noorsiah bt ombok. dan isi kolum2 yang lain.
sekali dah bank.in kena bagi balik resit yang bercetak melalui computer, dah terbalik.
nama : noorsia@nursiah bt ombok. aku sedikit sedih saat aku menatap resit tu. nama kawan ingat pula. huh...
walau rasa sedih, tapi aku masih dapat bantu mak atas apa jua keperluan dia, wan p sana, wan p sini. aku just drive, maklum la anak mak :)
mak penah kata, mak bersyukur kerna dulu waktu di bangku sekolah kadang mak jugak la drive kreta ambil kami di sekolah.. sekarang anak mak pula yang bawa mak, sebab mak taknak lagi bawa keta, cepat penat katanya.. aku pula tersenyum malu.
rugi la anak lelaki kalau takdapat jaga seorang ibu..

binggung.
nak update lain, lain pula yang keluar kat otak fuhhh...

0 comments: