BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 22, 2013

mungkin aku yang ini.

ego
ego ego
ego ego ego
ya itu adalah aku, setiap hawa mengenali aku tidak lepas ayat dari bibir mereka kata aku ego
mungin hawa itu sudah mula ingin mengenal rapat, aku sukar dikenal, boleh dikatakan pendiam.
tapi......
aku singkap
aku potong
aku hentikan
aku asingkan
aku selok belokkan
aku goncangkan
aku serabutkan fikiran mereka untuk memikir atau mengenal lebih dalam.
bacalah aku dengan fikiran dengan melihat zahir sahaja, pasti gagal.. aku yakin pasti gagal..
dan aku pula, suka baca orang, seperti melihat mata mereka ada saja tulisan keluar, jadi aku bacalah. kadang kala aku berkata jujur ikut kata hati, kata saja berterus terang walhal benda tu aku tahu pasti ada yang terasa.. salah ka? mungin perkataan terus terang jugak boleh di kaitkan dengan ego. itu sudah salah tafsir bukan..

maaf.
maaf.
maaf.
aku tidak seburuk yang kalian fikirkan. setiap orang mempunyai ego,
walhal aku pernah dengar ayat dari dewasa kata ego lelaki lebih tinggi dari kaum hawa.
maaf sekali lagi.
bukan bermaksud begitu, setiap perbuatan
ada sebab
ada tindakan
ada punca
dan pasti jadi satu kejadian, sebab itu tidak mahu berulang.
kenangan memang menyakitkan bila berada di kotak fikiran kita. lagi sakit bila ada orang di dalam kotak fikiran kita yang sedang nyenyak tidur..
untuk apa harus ingat, pada orang yang tidak ingat.
sebab yang pergi jauh adalah masa lalu kita..
dan pasti aku tidak mahu ada yang sakit hati dan sewaktu denganya..
kini aku terbuku dengan satu ayat daripada corong television, entah bila masa aku pandai tengok tv pun aku dah lupa..
                                

                                 "pecahkan egomu dengan melafazkan maaf bukan bererti tunduk,
                                  akan tetapi bertolak ansur itu lebih baik berbanding berkelahi"

lelaki,
ya lelaki aku sedang mendengar berulang kali lagu yang di nyanyikan oleh yuna.
salah satu ayat yang aku terbaca dari liriknya "lelaki tak guna"
hahaha tapi bukan bermaksud itu adalah aku, cuma susunan lirik lagu itu membuatkan aku tertarik untuk meneliti setiap lirik lagu beliau.

-puasa ke tiga belas, malas terawih - isnin 22 july 13 9:12am-


0 comments: