BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 1, 2014

kalah di telan #1


18may aku kata fikiran kalut,
dan fikiran itu juga membebani hingga berlarutan, hinggakan aku khayal banyak fikiran...

khayal?
ya khayal..... hingga 20may14
hingga membawa kecelakaan pada diri...
aku eksiden, eksiden buat pertama kalinya melanggar kereta orang, kereta bukan calang2 nissan grand livina pula  tu, fuuih mampos aku nak bayar..
fikiran menerawang hingga tidak sedar kereta dihadapan berhenti mengejut..

PANG!!!!

aku langgar, kini aku berdiri dan menolak tenggiling aku ketepi, kereta hadapan berhenti dan buka pintu,
aku lihat perempuan berumur, ya dia bertudung.
aku sekadar diam dan mengaru kepala yang tak gatal..
maaf kak hujan ni, jalan licin..
akak tu bercakap je aku dapat tangkap dah, dia orang kelantan, terus call laki dia kat KL tu.

Akak : sekarang nak sattle mcmana?
Aku : report balai la kak senang.
Akak : awak ni keja ke belajar?
Aku : kerja biasa je.

dalam banyak2 persoalan dan perbualan kami, tetiba boleh pula dia tanya,
"awak kaya ke nak ganti bumper kereta saya ni"?
berderau juga darah dengan soalan tu.. aku just cakap.
"perlu ka tanya soalan begitu"?

cerita punya cerita rupanya dia cikgu mengajar kat sini..
tapi cara percakapan tak lah profesional sangat,
tau lah aku salah tapi tudung tu je buat aku hormat dia, sekali tengok ayat dia lontarkan, berdarah juga telingga. aku berdiam diri ja.
berdiam diri kerana sakit badan, kaki pula waktu tu rasa macam ada patah sebab terhimpit, jalan pun dah tempang.. sakit bukan kepalang aku buat tak sakit je..

malam tu aku langsung tak bagitau family,
tak pasal2 pula mak aku pengsan nanti..
lagi 1 hal jadinya..
aku tepon kawan yang brdekatan. perlu bantuan hantar ke hospital...
aku dikejarkan ke H.Q.E (hospital Queen Elizabert) kota kinabalu.

aku seperti perlukan tongkat untuk bergerak...
kini aku di wad X-TRAY  : (

to be continue part 2....


0 comments: