ahad 19 mei 13
agaknya aku menjadi pemandu hebat hari ini, kebiasaan 2 jam boleh sampai, kini aku lebih berhati-hati
untuk sampai destinasi. 3 jam okey.
kota kinabalu - kota merudu.
dalam perjalanan cerita mak ayah tak putus-putus ,
tiba-tiba mak tanya hari ni brapa hari bulan?
aku jawap 19.
mak sambung lagi genap hari perkhawinan dengan ayah kau 40 tahun.
ayah just senyum je. slumber la katakan.
aku pula rasa beruntung kerna selama 25tahun aku hidup baru hari ni aku dapat tahu tarikh hari pernikahan mak dan ayah . kalau aku tanya soalan "bila mak khawin?" rasa pelik bukan? , pasti ahli falsafah pun pelik, soalan dalam kategori apa pula ni.?
alhamdulillah aku tahu secara automatik.
hari ni ada misi penting, ayah tinggal kat kebun aku dan mak pula pergi ke kampung seberang ntah apa nama kampung tu.
naik bukit sikit punya tinggi sampai aku bedal 4wheel tu gear 1, perghh teriak jugak enjin, naik bukan nmpk jalan tapi nampak awan, haha dapat imegine cmna tinggi bukit dia?
sampai satu rumah kampung singgah kejap, cerita punya cerita mak punya sedara la pula, sedara jauh la.
pot pet
pot pet
aku sedikit sahaja dapat mengerti
almaklum cerita dalam bahasa ibunda "dusun"
tiba - tiba mak cik tu tanya berapa dah umur kau nak,? sekolah lagi?
aku cakap 25 dah tak sekolah lagi, bantu mak ja. dia senyum ja.
sambung cerita lagi dengan mak.
aku dapat tangkap 1 ayat, kasi "jodoh" la anak kita.
puihh,, nak tersembur air yg aku telan tadi, aku senyum lalu keluar rumah, terus duduk di ruang tamu luar.
dalam hati mampos aku kali ni. mampos...
mak dengan selambanya cakap "bah boleh seja, jangan hantaran tinggi-tinggi".
laju je aku signal ajak mak bawa balik.
dalam keta aku diam sahaja malas nak kata banyak nanti menjadi pula..
kereta meluncur laju kali ni.. ungkapan "jodoh" diri mulut mak cik tu masih terngiang-ngiang di telingga..
aku tekan punat play untuk memainkan lagu yuna dari cd yang pernah dihadiahkan oleh seseorang.
isi tersirat dan tersurat banyak, tapi.....
arhhh... malas ar nak cerita.
tidak cepat, tidak lambat. takdir itu rahsia, jodoh itu rahsia , dan yang pasti mati itu jugak rahsia Allah .
Tuesday, May 21, 2013
kalau jadi pasti anak mithali
Posted by wanpeace88 at 4:07 AM 0 comments
Friday, May 10, 2013
fikiran ada masalah?
bersyukurlah hari ini dapat masalah :)
masalah mematangkan diri yang sekian lama bergelumang dengan kegembiraan, mahupun kesenangan..
senyum
sahaja
tabah :)
banyak masalah pun boleh mengerutkan dahi, dan benda yang selalu kita buat akan kelamaan pasti berkekalan,
itu jugak bahaya bagi usia muda. nanti nampak tua bila wajah selalu berkerut dihujani masalah..
hadapi masalah dengan redha, yang pasti anggap saja masalah itu adalah ujian untuk meneruskan langkah kehadapan, jangan pernah fikir untuk kebelakang.
dan yakinlah bahawa masalah kita sekecil-kecilnya agar mudah kita huraikan untuk di selesaikan.
yang diluar sana pasti ada lebih besar masalahnya dari apa yang kita hadapi...
bukan yakin tapi "pasti".
aku sendiri cari masalah.
ada call,
dari kota seberang.
bila angkat
pot pet pot pet, arh.. sudah lah
okey .
respect, tiada suara lantang, tiada maki hamun, tiada bahasa kesat.
itukan namanya profesional, jangan ikut emosi okey, nanti malu kaum adam.
kita kan sudah dewasa.
aku akhiri dengan "assalamualaikum"
tanjung aru beach / 2:33am /10mei
Posted by wanpeace88 at 8:22 AM 0 comments
Thursday, May 2, 2013
sejadah 40hari lahir
malam ni malam jumaat,
rasanya 2 mei kot. musim mengundi sudah tiba saat 3 hari lagi bumi berputar...
macam biasalah malam jumaat rumah ni agak meriah sikit suasananya, mana dengan ayah tiap malam jumaat pasang lampu lip lap kat depan rumah, siap periksa lagi dah hidup atau belum, macam hari raya pun ada..
mana dengan mak cerita kisah lamanya, dan malam ni jugak baru aku diberitahu, bahawa sejadah yang ayah selalu pakai dulu di beli ketika umur aku 40 hari. aku terkilan benda tu emak ingatkan aku.
sedangkan aku?
aku?
nama mak pun tak ingat ejaan dia perghh..
tadi mak suruh p bank.in duit kat AGRO bank, mak nak resit bertulis, aku pun main agak je tulis nama mak sebab antara "U" ataupun "O" mana yang duluan.
aku main yakin je tulis di kertas simpanan bank tu.
nama : nursia@noorsiah bt ombok. dan isi kolum2 yang lain.
sekali dah bank.in kena bagi balik resit yang bercetak melalui computer, dah terbalik.
nama : noorsia@nursiah bt ombok. aku sedikit sedih saat aku menatap resit tu. nama kawan ingat pula. huh...
walau rasa sedih, tapi aku masih dapat bantu mak atas apa jua keperluan dia, wan p sana, wan p sini. aku just drive, maklum la anak mak :)
mak penah kata, mak bersyukur kerna dulu waktu di bangku sekolah kadang mak jugak la drive kreta ambil kami di sekolah.. sekarang anak mak pula yang bawa mak, sebab mak taknak lagi bawa keta, cepat penat katanya.. aku pula tersenyum malu.
rugi la anak lelaki kalau takdapat jaga seorang ibu..
binggung.
nak update lain, lain pula yang keluar kat otak fuhhh...
Posted by wanpeace88 at 6:06 AM 0 comments
Wednesday, April 3, 2013
dibangku malas biru berlipat -kota merudu-
saat aku dikampung..
duduk di sudut tingkap rumah ala-ala kmpung, tnpa kaca hanya di buka seperti pintu,
...tanpa kipas,
...tanpa lampu,
...tanpa periuk nasi,
...tanpa wayar enternet,
hanya mampu mendengar bisikan radio yang menggunakan bateri.
tapi aku matikan, kerna ilham aku sedang bergelora di otak untuk keluar..
ambil buku kecil dan pen,
lalu menulis...
- cerita muka surat pendek bermakna.
- tidak terlalu pantas, nanti ada cacat celah.
- kemarahan keputusan, bukan jalan baik.
- matinya nyamuk, dikenduri semut.
- kedekut berdoa, tinggallah harapan.
- jalan lurus tidak berbelah, tapi bercelah.
- kelajuan tanpa hirau, orang lain risau.
- nafas cacat bila dihembus tiarap sekata.
- benar tapi bergetar, fikiran bercelaru.
- kalau tidak mahu jangan cari, nanti cedera otak.
- laju manapun, masa tidak akan perlahan bergerak.
- nyamuk pukul disukat kejam, tangan gergasi.
- fikir singkat itu hati kering, namanya nekad.
kota merudu - 28 march 13 dibangku malas biru berlipat/ tiarap malam malas.
Posted by wanpeace88 at 6:11 PM 0 comments
Thursday, March 14, 2013
angkara pelupa dan lewat bangun
awal bulan 3 ayah dah pesan,
wan 14 march ada seminar jam 8pagi sampai petang, di Hotel Tang Dynasti wawasan.. ayah dah wakil kan kau untuk datang..
aku jawap simple "baik".
masa berjalan terlalu pantas hari demi hari di ingatkan tapi selalu sangat pelupa, endah tak endah.
tiba hari ni 14march..
jam 8 pagi aku masih bergelut dengan selimut, alarm hnpone pun aku sudah tidak endahkan, malah aku silentkan lagi..
kini aku dengar kejutan dari ayah.. ya Allah wan kau dah lupa ayah suruh kau p seminar hari ni.. tengok jam dekat 10.30 peghh,, pecah ja otak nda, dalam fikiran mesti nda kena benarkan masuk dewan seminar, nama mesti kena blacklist, macam2 lagi dalam fikiran.. tenggiling aku pula aku letak kat rumah kawan..terpaksa ambil lagi...
aku bangkit selaju mungkin, berus gigi sepantas mungkin, mandi secepat mungkin. kini jam 10.38. aku capai baju dalam almari, terus memakai melihat ke cermin, wah cantik jugak baju ni, maklum la first time pakai. baju bundle berjenama fredperry yg baru di beli di bundle ahad lepas kat kampung air, siap cutting sendiri lagi. tambah la cun kat badan...
aku turun bawah untuk sarapan. tgk mak dan ayah duduk melihat aku yang kelam kabut, ayah sempat sampuk minum dulu sarapan.. aku senyum gembira mendengar suara ayah yang tenang walaupun aku tahu dia marah sebab aku lambat bangun dan lambat ke seminar...
aku ke lokasi dengan tenggiling aku, kini aku pandu selaju mungkin sampaikan mata aku berair, tidak berkelip untuk fokus pada jalan raya yang sibuk, menyelit bila yakin laju bila perlu :)
sampai ja bangunan wawasan plaza aku terus masuk dan berjalan pantas, pusing punya pusing salah tempat pula sesat hahaha, padahal selalu jugak masuk bangunan tu, aku marah diri sendiri, ni la akibat kelam kabut tempat yang biasa pun boleh jadi asing, aku tarik nafas dan senyum, memulakan langkah dengan yakin.
sampai ja kat depan reception hotel tu terus tanya kat kaunter.
melihat jam kat tangan menunjukkan jam 11,02minit..
kak, seminar untuk pagi tadi jam 8 ble masuk lagi ?
senyum je akak tu tengok aku, adik masuk lif sebelah kiri naik kat tingkat 2,
aku masuk ja lift cepat2 aku cari angka 2 dan terus tekan..
sampai tingkat 2 buka ja pintu lift aku da nampak meja panjang dan 2 orang kakak yang menguruskan pendaftaran.. heran tengok aku, aku terus tanya, kak ble masuk lagi? bertambah la kakak tu heran tgk aku.. dah la badan kecik, muka budak lagi, sebab yang masuk seminar dalam dewan tu semuanya dah berumur, kira aku la paling kanak-kanak kat sana hahaha.
akak tu tanya, kenapa lambat wang? [logat orang brunei biasanya panggil awang2] aku cakap dari kota merudu jauh tempat tinggal, bapa kamu yang hantar kamu? aku cakap naik bas ja kak...sekali kena minta IC tengok alamat putatan, tambah la kakak tu cakap aik bukan kamu dari sandakan ka? senyum kelat terus aku, hahaha..
entah la dia perli aku kot, tak kesah la yang penting dapat daftar masuk dewan... :)
tengok jadual jam 8 pagi sampai 6 petang... tapi di awalkan jam 3 stengah dah bersurai.
aku balik rumah ja, mak senyum tengok aku, aik awal balik macamana dapat jugak masuk dewan..
sempat mak tegur baju yang baru pertama kali dia nampak aku pakai, ni baru ngam baju nampak besar sikit pakai, jangan macam baju selalu, macam kena bungkus nangka.. aku senyum tanpa kata...
mak ingat kau dah awal gerak sebab motor kau takda. rupanya masih tidur...
aku senyum ja, muntah kata hati dalam fikiran gembira dapat mak ayah yang sporting walau apa cara sekali pun kemarahan mereka dapat mereka kawal sedangkan anak buat masalah. hahaha..
info sikit :)
-putatan - kota kinabalu perjalanan naik kereta 14minit , naik tenggiling 10minit.
-kota merudu - kota kinabalu perjalanan naik kereta dekat 2jam stengah..
-sandakan - kota kinabalu perjalanan naik kereta dekat 6 jam stengah..
Posted by wanpeace88 at 9:43 AM 0 comments
Monday, January 14, 2013
saat sekarang.
lama tak update benda ni, byk cerita aku perlu huraikan,
tapi semua hnya bicara hati, fikiran pun malas untuk berfungsi, jari pula malas untuk menaip.
hanya rajin menaip di hanphone tapi tak pulak aku paste p skrin laptop ni..
kadang2 bila nak update kena baca balik, pastu bfikir perlu ka aku tulis benda ni.
rasa macam mengaibkan orang je, rasa macam ada bersalah je, rasa macam tak perlu pun ada.
tu la pasal aku malas nak taip kat handphone, lagi satu aku malas update direct kat skrin besar ni, kadang2 otak tak berfungsi cergas, bukan nak kata ada masalah otak.
saat aku menulis ayat ni.
aku kesunyian, hujan di luar tingkap memecah suasana malam..
hujan? sudah lama tak hujan di kala malam, biasanya hujan waktu petang sahaja.. siapa tahu kuasa Allah bila2 masa saja Dia mahu membasahi bumi yang bulat ini..
.
.
.
kejap..
tadi aku ada tulis perkataan "hujan" dan "malam"
baik aku bentang tilam, susun bantal, tarik selimut... Zzzzz
sory nothing idea for today.
Posted by wanpeace88 at 5:04 AM 0 comments
Friday, November 23, 2012
seminggu sehari buat terakhir kali
8november
hujan lebat
sediakan payung
ambil selipar
17 november
9 pagi
konvoi
reben biru
telipok ria
21november
lawat kwn
koma
terbaring kaku
dgn mesin elektronik hospital
22 november.
10.20 pagi
h.q.e
derma darah jenis O'
23 november
9pagi kwn fone
kata tiada harapan
hati sebak
fkiran bcelaru,
kejar masa sikit langgar org
smpai hsptl
kwn da terkujur d katil
nangis tnpa air mata.
dia dah meninggal wan..
innalillahiwainnalilahirojiun..
Posted by wanpeace88 at 9:46 AM 0 comments
