BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 11, 2014

saat syaitan dikurung..


sedar tak sedar..
bulan ramadhan telahpun berputar kembali...
alhamdulillah aku masih sempat menikmatinya... bersyukur.
hari ini puasa keberapa pun aku tidak ingat yang pasti hampir separuh bulan...
malas nak ingat sebab makin di ingat makin dekat nak raya saat itu jugala jahitan aku makin lingkup semua nak cepat huhu..
tahun ni aku jahit baju satu keluarga,
tema hijau daun pisang, kata orang-orang hijau terkois kunun nama kain tu, mengikut arus kain yang terkini la kata kan.. haha, aku yang pilih kain..
almaklumlah, nak jadi pereka fesyen kampung kampung hahaha..
haribulan pun aku lupa.....
fuh... teruk bukan?

"walau syaitan dikurung, namun semangat tetap murung"

aku masih ingat niat aku sebelum tibanya ramadhan, aku akan me masjid untung menunaikan solat zohor , asar, magrib, isyak, dan seterusnya terawih...
ya, itulah yang aku niatkan sebelum puasa..

tapi itulah aku, hati tidak cekal... sibuk sangat menjahit..
walau ramadhan pertama aku suda pun tinggalkan sahur, aku makan lebih awal...
tapi saat ramadhan kedua aku bangun untuk bersahur, bersyukur sempat juga subuh..
bila sampai ketiga, sampai la sekarang tak bangun sahur langsung...
mungkin saat itu aku terlalu awal melahab jam satu, dua pagi aku dah telan cukup-cukup untuk memadatkan perut...

apakah nikmat berpuasa begitu?
tanpa sahur yang betul-betul sahur, hingga tunggu laungan azan berkumandang.

waktu sembahyang pula, puasa pertama hingga la puasa ke empat atau kelima, bukan main lagi dengar je azan melompat naik atas rumah cari sejadah. ... cheeewah...
kalau la berterusan kan bagus, ini masuk je puasa ke enam dan seterusnya dah rompang, kejap tinggal zohor kejap tinggal isyak. fuhh.. hipokrit sungguh...

terawih pula?
jangan cerita la, dah 3 tahun berturut-turut ambil terawih pertama saja.
kununnya di ampunkan dosa seperti bayi baru lahir.
sungguh singkat otak kamu muhammad azwan bin mohamed khair...

tapi puasa,
alhamdulillah tak ponteng..
cuma aku tidak tahu sama ada diterima atau tidak, kerana merasa diri ini begitu jahil :(
takpa aku berusaha untuk beroleh keberkatan dari Ilahi..




Tuesday, July 1, 2014

kalah di telan #1


18may aku kata fikiran kalut,
dan fikiran itu juga membebani hingga berlarutan, hinggakan aku khayal banyak fikiran...

khayal?
ya khayal..... hingga 20may14
hingga membawa kecelakaan pada diri...
aku eksiden, eksiden buat pertama kalinya melanggar kereta orang, kereta bukan calang2 nissan grand livina pula  tu, fuuih mampos aku nak bayar..
fikiran menerawang hingga tidak sedar kereta dihadapan berhenti mengejut..

PANG!!!!

aku langgar, kini aku berdiri dan menolak tenggiling aku ketepi, kereta hadapan berhenti dan buka pintu,
aku lihat perempuan berumur, ya dia bertudung.
aku sekadar diam dan mengaru kepala yang tak gatal..
maaf kak hujan ni, jalan licin..
akak tu bercakap je aku dapat tangkap dah, dia orang kelantan, terus call laki dia kat KL tu.

Akak : sekarang nak sattle mcmana?
Aku : report balai la kak senang.
Akak : awak ni keja ke belajar?
Aku : kerja biasa je.

dalam banyak2 persoalan dan perbualan kami, tetiba boleh pula dia tanya,
"awak kaya ke nak ganti bumper kereta saya ni"?
berderau juga darah dengan soalan tu.. aku just cakap.
"perlu ka tanya soalan begitu"?

cerita punya cerita rupanya dia cikgu mengajar kat sini..
tapi cara percakapan tak lah profesional sangat,
tau lah aku salah tapi tudung tu je buat aku hormat dia, sekali tengok ayat dia lontarkan, berdarah juga telingga. aku berdiam diri ja.
berdiam diri kerana sakit badan, kaki pula waktu tu rasa macam ada patah sebab terhimpit, jalan pun dah tempang.. sakit bukan kepalang aku buat tak sakit je..

malam tu aku langsung tak bagitau family,
tak pasal2 pula mak aku pengsan nanti..
lagi 1 hal jadinya..
aku tepon kawan yang brdekatan. perlu bantuan hantar ke hospital...
aku dikejarkan ke H.Q.E (hospital Queen Elizabert) kota kinabalu.

aku seperti perlukan tongkat untuk bergerak...
kini aku di wad X-TRAY  : (

to be continue part 2....


Monday, May 19, 2014

aku lambat faham.

faham ini punyai ramai situasi..
kali ni aku guna ayat kolot..
seperti aku kolot..
minat sehingga taksub, minat sehingga lupa diri, minat sehingga lupa keadaan sekeliling..
walau aku minat menelaah atau mencoret apa jua curhat.
aku fikir aku hebat, dan mereka fikir mereka hebat.
mereka , bukan kalian.
maaf kurang faham apa tajuk diatas..

satu hari nanti kita pasti berseorangan, 
walau selalu didalam kamar, waktu berkerja, waktu berjalan, atau menghadapi situasi-situasi genting..
harus ingat mati jugak berseorangan..
tapi aku terlalu awal memikirkannya..
fikir mati jugak harus, kalau boleh tiap hari...
tapi  terlalu lama juga aku fikir tentang keseorangan, mungkin bisa hidup tanpa teman.. walhal teman punyai ramai di sekeliling, tapi sampai bila?
sampai bila mereka boleh di sisi kita.. bila mereka juga punya teman baru yang pastinya bukan sejenis.. dan pastinya perlu luangkan masa dengan yang lain.
kenapa selama ini aku tidak fikir seperti mereka?

aku lambat faham.
sebenarnya itu penting.... ya penting untuk umur sekarang, 
kenapa lambat? kenapa tidak dari dulu?
hati kering... taksub pada diri yang kononnya hebat tanpa kawan berlainan jenis, tanpa kawan yang bisa menutur kata-kata lembut dari aku..
astagfirullah.. teruk sungguh pemikiran aku.
aku lambat faham...

kenapa perasaan itu lambat belajar, 
kenapa perasaan itu ada disetiap orang walau hati kering,
kenapa perasaan itu perlu ada...
dan seterusnya kenapa..kenapa..kenapa?

aku lambat faham..

kini suara aku bergetar selama sejam bila berbicara..
pastinya bepunca dari aku yang lambat faham...

suara bergetar dalam bungkusan selimut 18may2014 :(

Monday, April 28, 2014

kalut

berani kata ketika sibuk
bergetar pada kata ketika sunyi

apa bezanya?
sibuk itu fikirannya sentiasa berimaginasi, sentiasa berfikir apa hendak dikata, boleh dikatakan otak berjalan lancar.
tapi pada ketika sunyi? ada bezanya, ada takutnya, dan fikirannya kosong,
dalam minda dikala kosong pasti bermain...
aku nak kata apa?
kenapa dia cari aku?
kenapa sekarang?
kenapa, kenapa, kenapa?
dan seterusnya persoalan membuatkan fikiran menjadi bercelaru hingga sukar untuk membuat keputusan tepat..

sebagai contoh yang simple.
apabila telefon berdering disaat 2 situasi itu..
perasan?

aku takut menyambut telefon, ketika sunyi aku harus kata apa?
seolah olah mereka yang hendak bercakap dihadapan aku.
aku malu , takut, gelabah, keyakinan diri masih menggengam aku :(

keputusan cemas untuk menulis blog yang telah lama suram, ini saja diminda kecil aku ada sekarang. spontan kalut ..

Tuesday, February 4, 2014

hari penting selalu gagal

hari ini aku gagal
gagal melaksanakan hari yang penuh bermakna,
hari ini aku gagal
usiaku meningkat, aku gagal memperbaiki,
hari ini aku gagal
gagal meninggalkan kesan kenangan untuk hari penting ini
hari ini aku banyak gagal ...
bangun pagi ibu masakan makanan , bangun awal jugak aku gagal.
tiba di bawah ibu sudah hidangkan, aku malu.. malu di sambut begitu besar pengorbanan bagi aku.
aku berterima kasih.
kini aku gagal membuat satu perhitungan bersama teman, walau aku yang cadangkan.. mereka berjalan lancar tapi aku hangkang ditimbus selimut.
call berulang, pesanan ringkas termuntah, kini aku rasa bersalah.
hari ini aku gagal..
menunggu orang penting melafazkan kata, walhal hampa.. aku ulang hampa tanpa khabar.
kenapa aku degil?
degil untuk melupakan, dulu pernah aku coretkan kata "buat apa perlu ingat, pada orang yang tidak ingat"
kini aku telan kembali.
malu..
malu..
malu..
aku hangkang, hangkang dengan kehidupan.. tidak tahu bila penghabisan aku hangkang.
aku sendiri takut baca apa yang aku tulis sekarang.
gagal?
hangkang?
seperti kalah dengan hasutan dunia.. seperti meng"amin"kan sesuatu benda.
kata orang orang, kata itu membawa kepada doa.
aku takut... takut untuk melafazkan, sebab itu aku menulis. tapi pada siapa harus aku muntahkan?

aku perlu kawan.
kawan yang bermakna.
mana semua orang?
aku dihindari atau aku menghindari.
maaf untuk dunia
maaf untuk masa lalu.
maaf jugak untuk kalian yang pernah aku sakiti dengan penulisan..

sekian untuk hari hangkang sedunia
febuary 4 yang hangkang.

Wednesday, October 30, 2013

hampir salah tarikh "am" or "pm"

dulu waktu di bangku sekolah cikgu ajar tengok jam menggunakan sistem 24jam tapi aku fail,yang peliknya aku boleh jadi pelajar terbaik di kelas untuk subjek matematik, waktu darjah dua.kalau tak silap nama kelas aku 2 mesra hihihi, memang mersa la sangat. tapi aku cukup pendiam..

walhal bukan aku buat semuanya dengan menggunakan otak kecil aku, mana aku faham itu aku buat, yang lain tiru kawan sebelah..kira rezeki la tu dapat full mark :)

masuk darjah tiga, dah kelas lain pula 3 peramah. ni kelas budak nakal ni, tapi kat sini jugak aku dapat pujian dari ustaz, dia bagi ujian bertulis siap bagi amaran, siapa salah 1 kena rotan satu kali, bermakna salah 2 rotan dua kali. ustaz tu bagi 10 soalan, dalam hati kalau salah semua habis bengkak la tangan aku ni, kena 10 kali rotan.

aku macam besa la,kuat gabra,panik..mula la tu datang,sakit perut la.nak terkencing la,berpeluh la,

boleh dikatakan, duduk tak senanglah..fuhh.. takut oo...habis je ustaz tu tulis soalan di papan hitam, aku senyum je mcm ustaz tu bagi jawapan sekali sebab soalan ustaz tu memang betul-betul dalam otak aku jawapan dia. kecuali 2 soalan aku tak dapat jawap.macam biasa la tiru kawan sebelah.selesai je ustaz tu periksa kawan lain ramai kena rotan siap panggil nama sorang2, aku tak payah cakap la takut bukan kepalang, macam nak jatuh je jantung, lagi takut bila kawan yang aku tiru tu pun kena rotan,, mak  ai, dalam hati menyesalnya aku ikut jawapan dia.. sedangkan nama semua di panggil semua kena rotan ada sekali ada dua kali, malah lebih dari itu pun ada.

tetiba nama aku di panggil..

muhammad azwan ...

aku sedikit ketar bangun dari kerusi, melihat ustaz tetiba senyum, berkata tahniah semua betul.
perghh... aku punya la bangga dari tmpat aku bangun sampailah ke meja guru, senyuman sampai telingga hahaha.kawan yang bagi aku tiru tadi pun pelik apasal aku tak kena rotan, aku slumber je cakap ndatau. padahal jawapan dalam otak aku dah confirm 8 betul. cuma dia tak minta tiru daari aku. haha jahat kan.bersyukur jugak dapat ayah yang kuat pegangan agama, sebab aku dari kecil sudah di latih di ajar sampailah sekarang.. alhamdulillah.

berlainan ke cerita dengan tajuk di atas? 

"hampir salah tarikh"

kemarin 29 oktober aku rasa hari penting untuk aku reminder seseorang, aku melihat di skrin laptop aku, tapi melihat pada telefon 28 oktober, aku pelik. knapa salah? rupanya aku masih tidak tahu dimana kedudukan ..."am" dan "pm"

astagfirullah..darjah dua punya sistem pengiraan 24jam aku dah lulus sekarang, pandai dah kira. ini sistem "am" dan "pm" bila nak lulus? huhhh apa la nak jadi..

hari ni 30 oktober dah, aku dapat idea ni saat aku duduk bersebelahan lampu isyarat, atas tenggeling di tengah bandar kota kinabalu makan burger sorang2... pelik kan? 

kenapa nak makan kat sana? kenapa tak makan di rumah ke duduk di bangku ke, cari meja ke? hurmmm

jadi diri sendiri itu lebih penting, selesa dimana berada.. 

jika duduk dikedai makan yang mahal hati tak senang fikiran rungsing mengalahkan kereta yang sesak di bandar. adakah itu bahagia?

cerita oktober untuk octdinary 30 oktober 2013 bersama tenggiling merah putih at trafik light centre point kota kinabalu 10:17pm :) 
pm ertinya malam kan?


Sunday, August 25, 2013

kembali ?

kembali kemana?

masa silam yang lampau?
ia sudah kita tinggalkan jauh bukan?

perlu takut pada kekalahan masa lalu, walau kita hadapi masa sekarang yang seribu kali lipat lebih baik dari masa lalu.
kita harus takut dengan kekalahan bila mana masa lalu kita meracuni kotak fikiran kita, untuk terus mengingati masa lalu yang tidak sepatutnya berulang untuk kali ke dua.
sendiri?
berdua?
atau bertiga?
kalau sendirian mampu hapuskan atau simpan saja di kotak fikiran kita, boleh senyum bila bersendirian tika mengelamun.
pihak kedua? mahupun ketiga?
sungguh sakit bukan? bila terlalu lama ia tidur nyenyak di kotak fikiran tiba-tiba ia terjaga saat kita bersendirian, mahupun ketempat yang pernah di lalui bersama, kini kita berseorangan.

saat sunyi?
saat riang?
saat berjalan?

walhal saat menitiskan air mata pun boleh bermain di minda, malahan boleh top up air mata lagi. supaya lebih deras mengalir.
jangan kalah untuk kembali okey...
hati kering...

kata hati terlapis - rasa pencerita ayat hampir menakluki perkataan jiwang, tetapi dapat disembunyikan.
                            sampai bila?